December 6, 2010

Student Message Decade.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur kita panjatkan kepada ALLAH SWT yang sentiasa membawa kita akan kebenaran dan mengarahkan kita melenyapkan kebatilan. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dyang memberi cahaya pada alam,serta para sahabat baginda dan keluarga baginda.


Perbincangan berkaitan hal kita sebagai siswa dan siswi IPTA dan IPTS.

Kesedaran siswa dan siswi akan kepimpinan dan kecaknaan mereka perlu untuk terus memelihara kebajikan pelajar itu, seterusnya memantapkan sistem organisasi kita. Kebangkitan siswa di zaman dahulu telah membawa kesedaran yang hebat memberi impak yang besar agar siswa dan siswi menggunakan kuasa, mereka untuk menjaga kebajikan pelajar dan menjadi pemimpin yang sentiasa tahu akan kehidupan rakyatnya, dan tidak pula menjadi pemimpin yang zalim yang hanya cuma tahu bahawa dia sudah dalam keadaan senang..


Oleh itu, siswa dan siswi perlu melakukan dakwah agar, pemikiran yang lebih baik seterusnya melahirkan pelapis pemimpn bertauliah dari segi akal dan iman,tidak hanya berpandukan akal tetapi al quran dan as sunnah. Kebangkitan siswa di semenanjung untuk memastikan akta AUKU di mansuhkan, telah di bawa ke atasan kini pejuangan masih lagi di teruskan kerana peraturan yang menghadkan siswa dan siswi berpolitik dan sebagainya. Sepatutnya hal yang sama di lakukan oleh siswa dan siswi politeknik untuk memansuhkan akta 174 yang mana hal yang sama juga pada akta AUKU.


Kesedaran ini yang kita mahu agar kita juga dapat membawa suara siswa dan siswi terus ke atasan tanpa ada halangan dan membenarkan kita untuk berpolitik secara matang. Demikian itu, kita perlu bangkit untuk mempertahankan hak kita, bangkit dengan menggunakan segala kekuatan dan hak yang baik dan menjadikan siswa dan siswi masa hadapan lebih mapan dalam perihal kebajikan dan keadilan.

Allahu'alam