November 21, 2010

Bahtera "Sabirin"



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengajak kalian untuk kita sama-sama bersyukur atas segala nikmat kurnian ilahi, selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w, para sahabat, keluarga baginda, serta penyambung mata dakwah pejuangan baginda muhammad s.a.w.

Kesabaran dan keteguhan hati kita bila kita menjadi pelayar. Didalam melayari bahtera kehidupan ini, adakala pelayaran itu tenang, ada kalanya terdapat gelombang dan ada kalanya dilanda taufan dan badai. Hanya kapal yang teguh dan nakhoda yang pintar sahaja dapat mengendalikan pelayaran yang sedang dilanda badai itu. Kesabaran.

Kesabaran dalam mentaati suruhan Allah dan Rasul-NYA. Kita kat dunia ni adalah musafir, jadi ibaratkan lah pelayaran tu sebagai kita bermusafir. Perjalanan hidup ini sedang menuju ke suatu destinasi yang kekal. Dunia sebagai tempat persinggahan untuk kita bercucuk tanam. Berkebun untuk menuai hasil bila sampai destinasinya nanti. Namun ummi mahu tanaman kita di sini mendapat hasil yang berganda-ganda. Ibarat sebutir gandum mengeluarkan 7 tangkai gandum. Itulah pelaburan namanya.

Walaupun payah, berkeringat untuk mencangkul, menggali lubang untuk bercucuk tanam, tetap diusahakan juga. Tanah yang keras, haiwan perosak, rumput yang bersaing, itu semua hanyalah ujian dan rintangan yang perlu kita sabar menanganinya.

Dugaan dan rintangan itu sebenarnya mendidik, mendidik untuk jadi penyabar, mendidik untuk menjadi tabah, mendidik untuk bersifat amanah dan mendidik untuk mentaati Allah dan Rasul-NYA. Mentaati ada 2 keadaan, mentaati untuk melaksanakan apa yang disuruh, mentaati untuk meninggalkan apa yang dilarang.

Ada orang dalam dia berkebun, untuk dapat hasil yang berganda, mungkin dia mendapatkan benih dengan cara yang salah, atau dia menzalimi haiwan lain yang akan merosakkan tanamannya. Ada banyak rintangan yang tujuan Alah datangkan adalah untuk melihat keimanan kita. Menguji kesabaran dalam diri.

Kalau bertanam tanpa banyak rintangan, hasilnya baik, tetapi tidak berganda sebab tak banyak ganjaran untuk bersabar. Laluannya mudah sahaja. Begitulah kias ibarat dalam entri ummi hari ini. Makin hari, makin Allah datangkan ujian di dalam diri ini. Ujian dari berbagai sudut dan penjuru. Kalau nak tepis, tidak tertepis kerana datangnya tanpa signal dan amaran. Terus terpa...

Hanya sabar, doa dan zikir sahaja pengubat segala dugaan itu. Kadang-kala terasa amat berat, dan di kala itu hati tidak lepas dari memohon :

"Ya Allah, tunjukkan aku jalan keluarnya masalah ini. Aku tidak mengadu kepada manusia, ENGKAU yang Maha tahu apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan , maka terimakah doaku, perkenankan hajat dan permohonan ku ini.

Allahu'alam