September 16, 2011

Merdeka yang Dicalar.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA 

Laungan merdeka inilah yang selalu kita dengar tidak kira cina, melayu, india, bumiputera sarawak mahupun sabah. tetapi kini persoalan bagi diri anda adakah malaysia itu dijajah atau ianya hanya ada kepentingan politik semata-mata.


Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara.

Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha membangun negara bernama Malaysia ini, yang usianya jika dibandingkan dengan negara lain, sebenarnya masih muda.

Mahasiswa seharusnya mengambil tahu akan isu tersebut agar kita tidak diperbodohkan oleh sejarah yang dipengaruhi dengan unsur politiknya yang kotor, hasil sentuhan manusia.
Sama ada malaysia atau tanah melayu itu dijajah atau tidak, tetapi hakikatnya kita dijajah dengan jajahan berbentuk pemikiran<ghazwatul fikr>.
Seharusnya kita menteladani kehebatan perjuanagan mereka dan mengambil ibrah atas usaha yang mereka cuba tunjukkan itu,demi untuk membina sebuah negara yang benar-benar merdeka agar kita dapat kecapi rasa keamanan dan kebajikan setiap rakyat,dan bukannya dengan memperkotak katikkan rakyatnya,mengeluarkan isu yang akhirnya memakan diri mereka sendiri,tatkala itu seribu satu taktik kotor dikeluarkan.
Oleh itu,selaku mahasiswa malaysia kita yang akan menerajui kepimpinan masa hadapan dan mulai detik inilah kita kena sentiasa kehadapan.
Bangsa itu akan runtuh bilamana belia, mahasiswa, anak mudanya runtuh bersama akhlaknya.
Allahu'alam.