November 22, 2011

Sebiru Masjid Muhandisin


( sahabat sekampus di politeknik kuching sarawak : background masjid al muhandis )


Begitu cepat masa berlalu..
Hari itu bagaikan semalam baru berlaku..
Terlalu banyak yang kita pelajari daripada sahabat..
Erti kecekalan.ketabahan..kesabaran..berfikiran rasional..
Atas erti mengenal kehidupan yang sebenarlah kita mengenali sahabat..

Atas erti indahnya berada dalam jalan perjuangan
Tidak pernah mengenal penat lelah bekerja
Berkorban harta benda jiwa dan perasaan
Tidak dihirau akan caci maki dan dipulau.
Kerana yakin bahawa inilah erti perjuangan yang sebenar


Menegakkan kebenaran dan mengcegah kemungkaran
Perjuangan yang sebenar tidak lengkap tanpa adanya ukhuwah islamiyyah
Ukhuwah antara kitalah faktor utama kita masih berada dalam jalan ini
Andai tidak dijaga akan ukhuwah yang suci 
pasti kita tidak mampu melaksanakan sendirian


Nasihat dan peringatan- peringatan masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini
Kita yakin ini bukan nasihat dan peringatan terakhir meskipun hidup kita esok bakal berakhir.
Sahabat tidak akan membiarkan kita tersasar atau terhanyut arus


Kita yakin sahabat sangat sukar untuk melepaskanya..
Namun fitrah perjuangan, kita bukan memulakan perjuangan 
namun kita penyambung rantai-rantai perjuangan


Kita masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada sahabat jua.
Ukhuwah kita tidak berakhir di sini.
Ukhuwah ini akan berterusan hingga ke syurga.
Wahai pejuang-pejuang agama Allah..
jangan cepat berputus asa..Ingatlah kemenangan itu hak milik Islam.
Allah akan membantu hamba-hamba yang memperjuangkan agamaNya..
Tiada istilah kalah dalam perjuangan..hanyalah SYAHID atau KEMENANGAN....
Perjuangan perlu diteruskan..

TRIBUTE buat para mujahid dan mujahidah Islam
Rakan KASIH Al Muhandisin Politeknik Kuching Sarawak