December 5, 2011

Ada Apa Dengannya Al Muhandis




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, kali ini penulis ingin membawa seorang tokoh yang sealiran bidang dan kerjayanya dengan penulis, yang mampu memberi ilham kepada para mujahid dan mujahidah diluar sana.

Pada masa kegelapan menyelubungi umat manusia, sikap pentingkan diri sendiri menguasai hati setiap hamba, dan sikap mentulikan telinga atau dalam erti kata yang lain memekakkan telinga dengan isu semasa menjadi norma rutin seharian, sentiasa akan ada percikan-percikan cahaya harapan hasil tempaan sang pejuang terdahulu. 

Sentiasa akan ada cahaya bersinaran dari sudut-sudut yang tidak dijangka dan diketahui. Cahaya terang yang menerangi segenap pelusuk alam diilhamkan kedalam hati insan-insan yang sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan umat dan Islam, berjuang diatas harapan mendapatkan keredhaan (mardhotillah) Allah. Dan Yahya Ayyash adalah salah seorang yang hatinya diilhamkan Allah dengan cahaya yang memberkati ini. 

Beliau mewaqafkan seluruh hidupnya untuk Palestine dan Islam. Berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yang telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa israel.




Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam untuk mendapatkan syahid Allah. Yahya Ayyash dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966. Pada hari tersebut, burung-burung, pokok-pokok, batu-bata di jalanan kelihatan sungguh gembira, semuanya mengukir senyuman di bibir saat mereka menyaksiakn seorang “Hero” sebuah umat dilahirkan. Uniknya, “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg panjang.

Dan sesungguhnya, bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya. Itulah hebatnya akan sebuah nama,yang mana mampu memberi semangat dan kekuatan pada diri seperti penulis jua nama yang tak asing lagi ialah azri al fateh.

Dia merupakan Engineer yang Genius,

Ayyash menamatkan bangku persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan boleh kita katakana terbaekk dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian kerana mereka tahu akan asset yang besar ada pada beliau yang satu hari nanti mampu menyekat kuasa zionis. 

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis di palestin mahupun dinegara islam yang lain.

Dia merupakan Seorang Lelaki Biasa

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya bak kata pepatah buatan sendiri,dalam hati jua ada taman dipenuhi rama-rama kasih sayang. Setiap insan yang mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita-cita besar dan murni seorang lelaki.

He Is The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperimkemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis. Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis,inilah yang dibalas oleh zionis sebaliknya. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri disebalik itu jua ada perancangan Allah buatnya.

Disebabkan keazamannya menentang musuh-musuh Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab) ini kerana beliau merupakan salah satu muhandis yang berjaya. Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang-orang Palestine ataupun Hamas.

Ayyash bukanlah seorang yg bacul kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan assas yg boleh ditemui di bumi Palestin disebalik dia meniupkan semangat mereka untuk berjuang.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya!

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba-tiba sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Ayyash terbunuh!

Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa tidak ada perikemanusiaan,. Setiap makhluk bersedih dan marah!, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angina berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsayang boleh saya katakan monyet kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahwa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bacul, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya!

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba-tiba sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Ayyash terbunuh!
Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. 

Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa tidak ada perikemanusiaan,. Setiap makhluk bersedih dan marah!, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angina berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsayang boleh saya katakan monyet kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahwa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bacul, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Pengganas ?

Ayyash bukanlah seorang pembunuh mahupun pengganas besar-besaran seperti yg dilakukan Sharon di Sabra dan Shatila. Dia mempunyai kemampuan untuk meletakkan 100kg TNT di dalam panggung wayang atau di mana sahaja tempat yg mempunyai ramai orang awam. Dia juga mampu meranapkan sebuah menara dengan meletupkan sebuah van yg sarat dengan TNT dibawahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak melakukannya kerana Islam tidak mengajar supaya pembelanya membunuh kanak-kanak dan wanita-wanita. Namun apabila musuh melakukannya dahulu, adakah berdiam diri sahaja tindakan kita ?lantas dia bangkit cetus revolusi….Akibat kematian Ayyash, Briged Izzudin Al-Qassam (sayap Hamas) telah melancarkan operasi besar-besaraan yg mana salah satunya berjaya membunuh 20 orang tentera Yahudi. Hamas menyatakan bahwa ianya hanya permulaan untuk membalas tindakan Zionist tersebut. Seorang pemberita Yahudi melaporkan “Yahudi terpaksa membayar harga yg tinggi terhadap pembunuhan seorang lelaki yg dikenali sebagai “The Engineer”, empat serangan balas dalam masa tujuh hari membunuh puluhan tentera dan mengubah senario politik yahudi


Kata-kata Tentang beliau..

“Saya bangga menjadi anaknya itu kerana dia menolak penjajahan Zionist dan dia dikenal sebagai oleh semua orang” ujar Baraa

“Terima kasih Tuhan terhadap apa yang kami terima, ini adalah kehormatan bagi kami bahwa anak kami syahid dan dia akan tetap tinggal dan hidup di dalam hati dan pikiran semua orang” Ayah Yahya

“Dia hidup dengan saya setiap hari dan tidak ada perbezaan antara dia dan semua syahada’ Palestina dan saya bangga dia” ujar ibunya

“Ketika orang-orang yang membawa saya pada perayaan Hamas di atas bahu mereka, saya merasa sangat bangga” Anak yang lain berkata

Itulah detik manis suka duka, hidup seorang engineer, dia mampu untuk jadi lebih hebat lagi dalam bidangnya itu kalau di berkehendakkan, tetapi niat dan keikhlasannya serta kesedarannya membawanya ke suatu medan yang mana ALLAH telah janjikannya syahid.