January 17, 2012

Antara Ustaz & Doktor..? Nah..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, jom kita ucap syukur dulu, atas segala nikmat ini,saya dan kamu tidak akan dapat melihat tulisan ini,dan saya menaip perkara sebegini melainkan izin-Nya  dan nikmatNya..

Ok sudah…? bagi yang “non muslim” yang datang menjengguk blog ini, InsyaAllah anda bertafakur melihat sekililing kita bahawa semua itu adalah ciptaan ALLAH..ya…

Didalam kita berbicara tentang hakikat ilmu dan para sarjana ini, saya teringat akan satu perbandingan dua watak kerjaya dalam dunia yang terbaik Bagi semua , antara menjadi seorang ustaz dan doktor. Memang tidak dinafikan pernah suatu ketika dulu masyarakat kita memandang kerjaya ustaz ,pendakwah serta tugas-tugas agama yang lain sebagai kerjaya mulia.malah pernah mengganggap ilmu-ilmu kedunian yang bersifat seperti fizik,kimia dan perubatan tidak menjurus kepada ketakwaan kepada ALLAH s.w.t

ALHAMDULILLAH,kini mentaliti itu makin berkurang dalam kalangan masyarakat moden. Sudah ramai lahir pakar dalam bidang  profesional yang arif dalam bidang agama. Misalnya seperti  Doktor Daniel Zainal Abidin dan Doktor Jamnul  Azhar Mulkan yang dari lapangan perubatan,namun mahir dalam hal selok belok agama islam.


ini merupakan satu perkembangan yang menggalakkan,dasar untuk mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama ini harus dipuji.Penubuhan tahfiz-tahfiz sains juga seperti PAPISMA  juga harus diberi sokongan dan nafas baru.

Mari buat perbandingan ini antara kedua-dua mereka ini ataupun kerjaya ini,bayangkan seorang pendakwah berusaha bertahun-tahun  lamanya berceramah ke sana kemari mengatakan”tuan-tuan,bertakwalah kepada ALLAH kerana kita tidak tahu bila kita mati,bertaubatlah.! Dalam pada itu tidak kurangnya pendakwah dilaman social,meletakkan status yang sama,bertaubatlah kerana mati kita tidak tahu, Carilah bekal utk mati.demikian tugas seorang pendakwah bagi menyampaikan risalah ALLAH  S.W.T.

Namun, berapa ramai yang mndengar kata mereka…? Tiap-Tiap minggu kita diingatkan dalam solat jumaat agar bertaubat kepada ALLAH,namun kita tidak mengendahkannya walaupun sudah 30 tahun mendengar nasihat serupa itu hinggakan  dari masjid tu nak reput kepada masjid itu kini menggunakan air conditioner”. Andai kata suatu hari anda pergi berjumpa doktor untuk memeriksa sakit anda lalu doctor berkata..encik..!! ,hidup encik sudah tidak lama,buatlah amalan selagi ada masa.”

Ingat-ingat apa anda akan lakukan selepas pulang dari itu…? Nak saya berani jamin bahawa anda akan bertaubat bersungguh sungguh kpd ALLAH kerana anda yakin akan nasihat doktor tadi lain pula ceritanya yang berterusan melakukan maksiat....apa bezanya dengan nasihat para pendakwah selama 30 tahun itu kita ambil mudah..? sama saja bukan?namun “mind setting” kita sudah menyatakan kata-kata doktor tadi bahawa usia semakin singkat adalah bena. mengapa..? itulah bezanya alim dan ulul albab, anda fikirkan?

- Mencari Tuhan.