January 16, 2012

Yang diludahi Musuh.




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Salam uhkuwah fillah buat semua yang datang berkunjung. InsyaAllah, kali ini kita menjengguk semula seorang khalifah di zaman khulafa Ar Rasyidin, suami kepada Fatimah al Zahra, wanita solehah dari kerabat baginda S.A.W iaitu Sayidina Ali Abu Talib.



Suatu hari ketika Sayidina Sayidina Ali sedang berada dalam pertempuran disuatu medan, pedang musuhnya patah dan lantas musuhnya terjatuh. Sayidina Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, Sayidina Ali berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”

“Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,” orang itu berteriak balik.

“Baiklah kalau begitu,” jawab Sayidina Ali, lalu dia menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu untuk memberinya kesempatan.

“Apa yang sedang kamu lakukan”, tanya orang itu dengan nada kebingungan.

“Bukankah saya ini musuhmu?”

Sayidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, “Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku”.

Tetapi orang itu tidak mampu. “Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata,” jelas Sayidina Ali.
“Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijakanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta yang hak dan batil . Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus mempertanggungjawabkannya pada hari kiamat. Allah akan mempertanyakan hal ini kepadaku.”

“Inikah cara Islam?” Musuh itu bertanya.

“Ya,” jawab Sayidina Ali, “Ini adalah Firman Allah, yang Maha Kuasa, dan Maha Satu.”

Dengan segera, musuhnya itu bersujud di kaki Sayidina Ali dan memohon, “Ajarkan aku syahadat.”berkatanya

Dan Sayidina Ali pun mengajarkannya, “Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah yang berhak disembah.”



Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya. Sayidina Ali menjatuhkan lawannya, meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menempelkan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi dia tidak membunuh orang itu.

Mengapa kamu tidak membunuh aku?” Orang itu berteriak nada dengan marah

“Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?” Dan musuhnya meludahi muka Sayidina Ali dengan rasa bongkah dan takbur..

Mulanya Sayidina Ali menjadi marah, tetapi kemudian dia mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya ke belakang.

Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Lalu Saydina Ali menjawab lagi,

“Aku bukan musuhmu”,

“Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam dirimu dan aku. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang kulawan. Perbuatan buruk itu akan tercatit atas namaku.
“Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?” musuhnya itu bertanya.

“Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”. Sayidina Ali menjelaskan kepadanya. “Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk membunuhmu, aku tak boleh.”

“Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?”

“Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam.”

Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayidina Ali dan dia juga diajarkan dua kalimah syahadat sebagai tanda keIslaman dan keimanannya.
Subhanallah islam itu indah diperindahkan lagi oleh umatnya,cukup sempurna apa yang telah nabi s.a.w telah berikan pada sahabat-sahabatnya,tarbiyah yang sungguh bermakna buat siapa yang menerimanya,itulah sayidina ali b abu talib
Oleh itu,mari kita ambil yang baiknya untuk menjadi pengajaran dalam kita menghadapi liku-liku kehidupan,memohon doa kepadaNYA,agar diperlihatkan yang hak itu benar-benar hak,dan yang batil itu benar-benar batil.

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.- 
( saidina Ali r.ha Karamullahuwajhah )

Wallahu a'lam