February 20, 2012

Hatimu Yang DiDengari


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah kita masih diberi ksehitan mahupun nikmat dari ilahi. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Alhamdulilah setakat ni latihan berjalan lancar dan sekarang mengurus perpindahanku pula di tempat lain.

Terdetik apabila seorang sahabat yang mengatakan kepada saya bahawa jika dia mempunyai gaji suatu hari nanti, pertama sekali dia nak buat ialah dia nak dermakan duit sikit ke tabung anak yatim. niat sudah terpahat dalam hatinya.

Selama berbulan, dia masih belum mempunyai kesempatan untuk pergi ke rumah anak yatim yang memang hati ini mendambakan untuk berbakti di sana.

lantas dia berdoa kepada Allah supaya bila dapat gaji nak pergi ke rumah mereka. Bagi ku anak yatim juga adalah tanggungjawab kita. Dia ingin menyayangi mereka seperti keluarga nya sendiri. Hati ini terpanggil untuk pergi ke sana. Di kampus dulu, dapat aku melihat keletah mereka semasa program anak yatim. Sekarang sejak bekerja, aku masih belum dapat menyusun jadual bertemu mereka. Aku berdoa moga Allah mempertemukan aku dengan mereka. Aku ingin  menyayangi mereka.kata sahabat tersebut. Malah,siap dia bagi dalil lagi alhamdulillah..


Bukhari meriwayatkan:

Daripada Sahl bin Sa'ad R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: "Aku dan orang yang menyantuni anak yatim kelak di Syurga seperti ini," lalu memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan sedikit merenggangkannya. [Riwayat al-Bukhari no 5304]

Pada petang Jumaat, pintu rumah ku di ketuk. Ada seorang budak lelaki berbaju melayu putih umur dalam lingkungan 10 tahun datang. Ibu ku pantas keluar. Aku hanya memandang dari dalam, hatiku dapat merasakan seolah-olah  anak itu datang untuk mengutip derma. Ya Allah... Aku bersyukur kepadamu. Aku terus mencapai wang kertas yang ku simpan erat di genggaman tangan ku.

Ibu terus muncul di depan pintu, "Kasihan anak yatim tadi jauh datang dari selatan tanah air katanya rumah anak yatim mereka baru dibuka, mereka memerlukan kelengkapan untuk keperluan asas," kata ibuku. Aku lantas memberikan ibuku wang kertas tersebut.

Ibuku lantas memberikan kepada anak yatim tersebut. Anak yatim tersebut memberikan pula sekeping CD himpunan surah-surah lazim dari bacaan Ustaz Kazim Elias. Aku bersyukur Ya Allah... Alhamdulilah kerana mendengar isi hatiku ini. Hajat ku tercapai jua akhirnya. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hati ini berdetik aku tinggal di barat tanah air sedangkan anak yatim tadi dari selatan tanah air. Ya Allah. Maha Besar.berkata sahabatku itu tadi sepanjang penceritaannya.

Mengenang kembali setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang kita lahirkan dan sembunyikan dalam hati ini. Tiada apa pun yang tersembunyi oleh Allah. Allah Maha Melihat dan  Maha Mendengar setiap  yang terbuku di hati ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa memohon kepada Allah. Beritahulah segala isi hati kita kepada Yang Maha Mencipta sebab bila kita hitung balik entah berapa kali baru kita mengadu denganNYA,lain lagi nak mengadu dengan mak ayah and kawan facebook..huuhu makanya jom kita bermuhasabah kembali agar sentiasa meletakkan batu asas yang kukuh akan kebergantungan kita kepada ALLAH. Moga kita sentiasa di dalam rahmat kasih sayang-Nya.

Mohon doanya jua buat warga syria yang ditindas sekarang al fatihah..

Allahu'alam