March 6, 2012

Antara Pisang & Hati






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam alayk serta salam ukhuwah fillah buat semua dan yang sentiasa menjengguk blog ini,alhamdulillah.
Kali ini nak bawa kisah seorang cikgu dan murid-muridnya dan kaitannya antara pisang dan jua hati manusia

Maryam,guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.. setiap murid di minta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci,ke kelas pada esok hari. Jadi Jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci. Keesokannya, setiap murid memebawa beg plastik berisis pisang masing-masing.Wah bestnya,pelbagai jenis pisang dibawa budak-budak ni,pisang emas,pisang raja,pisang yang tengah kawin pun dibawa mereka ish3. 

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji , lapan biji paling banyak pun 10 biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu.kata cikgu maryam

Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk kalau anda tidak percaya,percayalah... kata siti nurhaliza . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan berbau busuk.





Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey 
semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu hidup. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk. 

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. 

Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa 
akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangilebih baik darpada membenci..!! dalam banyak-banyak hal,hati yang kena basuh selalu,sebab sifatnya hati itu berubah-ubah,dan kesannya jua selalu hingga pada kelakuan mahupun akhlak kitam

Justeru itulah,membencilah dan menyayangilah dalam kadar yang sederhana ,jangan terlalu taaksub mahupun benci yang amat benci biar kerana ALLAH s.w.t juga sayang ok..
Islam itu indah bila kita makin banyak temuinya dan terokainya,menerokalah dan alami kehebatannya hanya di dalam islam chanel al quran dan as sunnah.

Wallahu a'lam