March 20, 2012

Call you Soul..!!


Assalamualaikum,
Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekalian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.

Penyatuan antara roh manusia dan pencipta jasad ini iaitu Allah ternyata berlaku setiap masa . Dalam pembahagian masa yang teratur , biarpun kadangkala ternyata kita alpa dengan dunia namun hati dan roh kita masih bersama Allah.

Kenyataan ini terhasil dari suatu produksi kehidupan dan keadaan persekitaran.

Pepohon,rumput menghijau,dedaun jatuh berguguran,hujan turun tanpa diundang pastinya memberi kesan tersendiri terhadap pandangan manusia .
Jika manusia ini sering memperhatikan apa yang terjadi , memperhatikan setiap yang berlaku , sudah pastinya biarpun disaat kita lupa akan Allah tentu akan terdetik walau sedikit untuk mengingati Allah jika kita memandang setiap pergerakan Alam.Itu baru cerita alam ini…



Semuanya ada kaitan dengan roh dan jasad kita.
Kita sedar pengakhiran kita pastinya akan ditanam di dalam tanah , ditempatkan di liang lahad yang mana disitulah bermulanya persoalan dari malaikat mungkar dan nangkir.Jasad kita akan disemadikan di dalam "tanah" .Sungguh jelas , kita ini terlalu berkait rapat dengan pengerakan dunia , pengerakan masa , tingkah laku alam ,segalanya ada pada diri dan jasad kita.

Sedar , kita wajib sedar ….sebenarnay wahai manusia,Kita adalah sebahagian dari struktur bumi.Kita dijadikan dari tanah , dari mulanya penciptaan Nabi Adam yang merupakan nenek moyang kita.Manusia pertama itu dijadikan dari struktur asas bumi iaitu TANAH.

Manusia , antara rohani dan jasad .Rohani dipanggil ROH yang bererti ....
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs (diri) manusia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi - selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, - kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah (QS. Ar Rum:30)..

Roh , ada di dalam jasad manusia . Roh itu mengikut fitrah dan fitrah manusia itu akan berkehendakkan Allah dan akan sentiasa mengikuti perintah Allah .
 Mengingati Allah dalam setiap urusan dan memandang sesuatu dengan terasa kesan di dalam roh mereka akan kekuasan Allah.Maka apakah kita masih tidak sedar yang kini manusia sudah rosak ROH mereka?..

Terbukti di sekeliling kita , perbuatan dosa dengan tingkah laku biadap manusia pada Allah .Cukup angkuh dan menjadi semakin berleluasa perasaan takbur pada Allah . Mereka ini pastinya dikawal oleh kemahuan iaitu An-Nafs.

Pertama, Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur'an, wanaha An nafsa `anil hawa - dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An Nazi'at :40-41). Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut, hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat, selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah - dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya, ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar, saya haus !!

    
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah." (QS. Al Mukminun:12)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (QS. Al Hijir: 28-29)

Kedua, An Nafs bererti : Jiwa , - jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu' (sentiasa menyuruh berbuat jahat).
    
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu' (QS. Yusuf:53)

Sedangkan Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu'

Watak seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) -

 illa man atallaha biqalbin saliim - kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

An nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan ( mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman (hidung).

Semua ini terbentuk dan sudah lama bertapak di dalam jasad.Jasad kita.Sebaik-baik jasad ialah punyai ROH yang berkualiti , yang mengingati Allah dan yang mampun menjauhi dari tindakan mahupun serangan yang dilakukan oleh Nafs.

Saudara dan saudariku sekalian , sila angkat tangan bagi sesiapa yang tidak diciptakan dari tanah adakah..?.Memang , memang manusia dijadikan dari tanah , kelayakan kita hanya untuk Allah.
Tidak susah untuk dekatkan diri dengan Allah , cukup mudah.Lihat dunia sekeliling , lihat sahaja pengerakan dunia , anda akan dapat sentiasa dekat dengan Allah Aza Wajalla.Kerna kita sebahagian dari bumi , roh kita pasti begitu sebati dengan bumi ..

Antara sebati dengan "baik" atau campuran yang sebati itu tercampur dengan campuran yang "salah" . Itulah yang menjadi pengukur antara kepandaian minda dan kepadaian iman manusia.
SubhanaAllah , Allah memang hebat .. Dunia memang permainan , dunia itu ujian manusia . Tetapi ia mampu menjadi sahabat yang baik buat kita andai kita bersahabat dengan kalimah Allah ..

Roh dan Jasad , sebatian dan campuran yang terbaik buat umat Muhammad .


Sentiasa hubungkan rohmu dengan Tuhannya,kerana suatu hari dia akan kembali menemui Penciptanya..

Wallahuahlam’..