April 14, 2012

Rahsia aku dengan-NYA..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kepada semua para pembaca blog dan kepada para pembaca blog yang setia dengan blog ini, syukran jazilan khatiran dan arigato gozaimas.

Alhamdulillah,kali ini artikel yang menarik untuk tatapan ramai,ianya berlaku dizaman Nabi Musa a.s..dan banyak kelebihan yang ada pada nabi Allah musa.a.s ini salah satunya adalah berhubung terus dangan Allah s.w.t dibukit Tursiana,

Kali pertama Musa.a.s berjumpa dengan Allah s.w.t dibukit tersebut, gunung ganang yang gagah  menjadi cair dan lembur saat nabi Allah musa a.s merasa kedatangan-Nya.

Tapi bukan itu yang saya nak kisahkan,tetapi saya hendak persembahkan penceritaan diantara tiga watak,yakni musa a.s dengan seorang pemuda.


Suatu hari, nabi musa a.s sedang dalam perjalanan ke bukit tursina untuk bermunajat kepada Allah s.w.t lalu baginda ditegur oleh seorangg lelaki,wahai kalimullah aku ada satu permintaan tolong doakan untukku dibukit tursina sana lalu nabi pun bertanya, apakah permintaan dikau supaya aku dapat memohonya kpd Allah s.w.t , lalu lelaki itu mnjawab wahai Rasul Allah itu adalah rahsia anatara aku dengan Allah s.w.t..lalu nabi musa pun bejalanlah ke bukit tursina. Setibanya disana, baginda pun berkata dengan Allah s.w.t dan memohon kpd Allah s.w.t  agar memakbulkan doa apa yang dihajati lelaki tadi.

Kemudian Allah s.w.t  memberitahu baginda yang permohonannya telah dmakbulkn. Dalam perjalanan pulangh, nabi musa a.s singgah sebentar ke tempat tadi untuk memberitahu lelaki trsebut bahawa doanya telah dimakbulkn Allah.

Namun baginda terlihat lelaki tadi telah dbunuh dan dibaham sekumpulan binatang liar. Baginda berasa bingung dengan apa yang terjadi, lalu Nabi musa berkata :

“ ya tuhanku rahsia apakah ini..? bagaimanakah engkau memakbulkan permintaanya?

Lalu Allah s.w.t berkata kepada baginda. Wahai musa,hamba ini telah memohon kepada-Ku akan satu darjat keimanan yang amat tinggi,yang mana dia tidak mampu mencapainya dengan usaha dan amalannya sndri, jadi AKU  brikan padanya dugaan ini dengan itu aku mengangkatnya kepada darjat yang dia telah pohonkn dari-Ku.

Kisah ini jelas mengajar serta memberitahu kita bahawa setiap bencana itu merupakan rahmat dari-Nya untuk menguji siapa diantara manusia itu yang benar-benar beriman kepada-Nya secara peribadi saya berpendirian dan mungkin anda juga sama yang mana , lebih baik ditimpa sedikit ujian kerana itu tandanya Allah s.w.t masih sayangkan kita, Allah tidak mahu kita tersesat lebih jauh dan lalai mngingatin-Nya. Ibarat pasangan yang bericnta wajarkan hanya dengan mengatakan aku cinta padamu, sudah cukup untuk membuktikan cintanya.?


Pastinya cinta itu perlu diuji utk membuktikn kekukuhan cinta adalah benar,dan cinta Allah adalah yang paling utama,siapa mencintai Allah,maka dia telah mencintai kekasih-NYA Muhammad s.a.w,dan siapa yang mencintai Muhammad s.a.w,maka dia telah mencintai Umatnya,siapa yang mencintai umatnya sesungguhnya sumber kecintaan makhluk adalah milik-Nya.

Sedangkan cinta fana manusia pun harus diuji apatah lagi cinta yang abadi kepada Allah.

Pastinya harus diuji bukan tandanya Allah membenci tetapi itulah tanda kasih ilahi dan pduli pada hamba yg mncintai.

Firmannya dalam surah al ankabut: 2

Apakah manusia itu mngira bahwa mereka dibiarkn saja mngatakan kami telah beriman sedangkn mereka tidak diuji.