September 21, 2012

Ketika Rasulku dihina.!


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat kalian.

Tergerak lagi hati ini menukilkan kata, mengutuk penghinaan terhadap Baginda S.A.W dalam sebuah filem pendek baru-baru ini <innocence of muslim>, teknologi dimanfaatin sepenuhnya oleh musuh Nabi ini untuk menghina nabi, memperkenalkan Rasulullah yang bukan peribadinya baginda. seterusnya mencetuskan kemarahan umat islam dunia., Hatiku hiba atas penghinaan kepada Rasulku, lantas marah dengan kebiadapan mereka ini yahudi laknatullah dan sekutunya amerika...Hati sapa yang tidak marah kalau kekasih atau ketua umatnya dihina serta dicaci..Allah..




Masalahnya teman-temanku sekalian, menghina Baginda Nabi S.A.W bukan perkara baharu anda juga mengakuinya..telah banyak kita saksikan bentuk penghinaan ini..

Sejak perutusan Baginda lagi, Rasulullah S.A.W telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam hingga membawa kepada peristiwa ingin membunuh Baginda.

Pada zaman teknologi kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam, tidak lupa juga bagi saya Negara yang kununnya memperjuangkan Baginda Rasulullah, secara senyap-senyap menghina Baginda S.A.W

Tentunya anda juga tidak bersetuju dengan penghinaan ini, hatta anda dari agama lain, kerna agama anda pastinya juga mengajar untuk saling hormat menghormati sesame agama lain.

Bila kita soroti kembali tokoh-tokoh atau pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar Bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah Bin Khalaf, Utbah Bin Rabiah, Syaibah Bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian Bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi S.A.W. Seorang pemuda upahan di Mekah iaitu Uqbah Bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi S.A.W yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali.Fatimah R.A, puteri Nabi S.A.W mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda S.A.W.

Cerita menarik yang member saya inspirasi ummah kini, ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah dipintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi S.A.W dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am Bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Demikian dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi S.A.W, datang nusrah (pertolongan) serta Rahmat ilahi daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam.


Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah S.A.W akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Taala sebagaimana dalam hadis yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah R.A berkata:

Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah? Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi Al Laat dan Al Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah S.A.W sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu.

[Hadis riwayat Imam Muslim dan Ahmad ]

Itulah yang berlaku di 1500 tahun dahulu, penghinaan terhadap Nabi S.A.W tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi apabila umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang berakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada isu sensitiviti dan kemaslahatan umat Islam.

Kini, diera 2012 penghinaan Di Zaman Moden lebih dasyat sedasyat yang berlaku dizaman Baginda s.a.w
Kata Dr. Yusuf al Qardhawi yang dipetik dalam ucapannya :

"Kami bukanlah (umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan antara nama-nama Allah yang suci dan ditinggikan."

Dari kisah yang saya cuba padatkan dalam rangkuman kali ini,, satu yang perlu kita lihat iaitu, kebijaksanaan kita dalam membantah serta mengutuk penghinaan tersebut, kemarahan kita biarlah bermotif, ini marah dengan yahudi amerika sampai mengeluarkan perkataan-perkataan kesat lagi memburukkan, tidak cukup dengan itu, kita membakar harta benda awam, dan bermacam-macam lagi kerosakan dan pencemaran, dimana letaknya adab dan akhlak kita?...sedihnya..Saya benar-benar terkilan dengan kedua-duanya. Kepada yang membina video itu dan kepada yang merosakkan wajah Islam dengan sikap mereka.


Persoalannya, bila timbul perkara ini yakni penghinaan terhadap Baginda Rasulullah, dari setiap pelusuk umat islam akan bangun membantah kebiadapan yang dilakukan, dengan pelbagai cara dan senario akhlak yang ditunjukkan, suka kiranya saya mengatakan bahawa, kelunakkan umat islam kini dalam membantah penghinaan telah hilang. Dimana hilang iktibar pengajaran dari kisah nabi di thaif, dan petunjuk lain daripada Baginda.?

Biarlah kita muhasabah kembali wahai umat Muhammad, kenyataannya, ada yang bukan islam semakin cinta dengan Nabi akhirnya memeluk islam dari penghinaan ini, tapi jangan dilupa, hakikatnya jua, akan ada yang bukan islam bertambah pelik melihat gelagat umat islam ini. Apa-apa pun ada hikmah disebalik penghinaan ini seperti yang dikatakan awal pembacaan anda tadi.

Akhir Kalam..

Dimana ada akhlak disitu ada agama, dimana ada agama disitu ada akhlak.

Ya. Itulah renunganku diatas mimbar jumaat kini

Dan aku berharap kelak di pertemukan aku dengan kekasihku yang dihina itu.

Aku mahu mampu berkata di hadapan baginda nanti:

“Sesungguhnya aku telah membelamu, dengan akhlakmu wahai kekasihku dan siapa yang menyakitimu maka dia juga menyakitiku.”

Ya. Inilah yang aku akan lakukan, bila kamu menghina Rasulullah aku.

Wallahuahlam.