November 23, 2012

Segagah Namamu Palestin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segagah namamu Palestin,

Tanah haruman kuntum syuhadah

Negara al farouq si pembeza haq dan batil,

Umar al khattab,

Cukup gagah namamu

Segagah pahlawan islam ketika dahulu

Yang ingin kulewati dan tabur budi

Taat dengan perjuangan,

Teguh menggalas syariat yang tidak pernah goyah,

Dek kerakusan si pembiadap di laknat Allah,

Tersentuh fikiranku,

Lantaran aku disini

Menggerakkan jari, menukilkan kata membakar jiwa

Mereka yang leka dan terpana alam fana.

Palestin..kau negara dicintai penduduk dunia,

Lalu kuntum rindu haruman syuhada mekar dijiwamu

Beruntung rakyatnya berdiri ditanah penuh bertuah,

Yang tanahnya bekas pijakan pahlawan kita,

Yang senyumnya mirip ukiran wajah kemenangan ktika dahulu kala,

kini aku merindui mu lagi.. selepas kau disimbah kembali dengan darah pejuang

tetapi aku tidak mahu caknaku danrinduku ini bermusim.

Entah bila, kakiku ini bisa memijak bumi bertuah ini,

Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu 

agar kau tetap terus istiqamah di jalan yang kau pilih dan aku pilih

iaitu 

“Fisabilillah”