November 23, 2012

Tarbiyah dari Bumi Gaza.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bumi Gaza berdarah kembali.
bumi Gaza dilapah kembali
si ibu dan si akak menangis ketakutan,
si abang lantas gagah berjuang

dan aku, terus kaku.
Bisu, di sini.

"Mana dia Salahuddin?
Mana dia Umar ?
Mana dia Muhammad al fateh. ?
Mana dia ? mana mereka?"

-mana aku?
Mana pemimpin umat islamku

teriakan laungan memohon bantuan, mengisi bena fikiranku,
membayangkan bagaimana sekiranya aku yang berada di situ,bersama mereka.
Tanpa ayah dan ibu serta saudaramaraku disisi

Awal Muharam kita,
sambut dengan penuh keazaman untuk mencapai cita-cita untuk tahun baru yang tiba.
tapi awal hijrah mereka,
disambut dengan jurai air mata dan dan hujan roket,
membadai tanah gaza si bumi bertuah,

Moga kita tidak main-main dengan apa yang kita bawa selama ini.

Tarbiyah mengajar aku, tanpa tarbiyah tidaklah bermakna apa-apa
bahawa tiap patah kata tulisan yang kami taipkan
walau nampak kecil dan hanya tulisan-tulisan yang tidak teratur,
tapi ia mampu menyatukan para muslim yang ambil kisah muslim lainnya,
di seluruh pelusuk benua dan negara.
yang sama-sama menggunakan keyboard dan pena sebagai senjata balas mereka!

Tarbiyah mengajar aku
bahawa laungan dan jeritan kami,
langkah yang mungkin hanya mengeluarkan peluh tatkala ianya terik panas
walau nampak sepertinya tak memberi apa-apa kesan
tapi ia menyampaikan suara-suara kami pada mereka,
mengejutkan mereka yang kesahnya hanya pada diri sendiri dan fikiran mereka
kecoh-kecoh kami memberitahu mereka ada saudara mereka yang bermandi darah tatkala mereka di kerusi empuk

Tarbiyah mengajar aku
untuk mengimani
bahawa tiap langkah kecil
dengan izinNya
bakal memberi kesan besar pada dunia,
Itulah langkah Awal mencipta dunia di tangan akhirat d hati..

Tarbiyah mengajar aku
untuk mengimani
bahawa langkah-langkah kecil kami ini
memang mampu menguiskan pasir di ISRAEL.
bukannya kan menjadi debu yang terbang begitu saja
dan ia bukannya sekadar sampah2 yang ditulis,
malah menjadi debu yang menggoncangkan hati si pembiadap

tapi dengan izinNya,
kami yakin usaha-usaha kecil kami ini
hanyalah permulaan yang kan hasilkan gelombang yang besar
yang bakal menggoncang dunia!

Ya, kami tak main-main bila kami nyatakan kami mahu ubah dunia!
Dan bila kami ingin ubah dunia, kami akan ajar,
Bagaimana kami melihat dunia.

 Terima kasih buat temanku digaza,
yang banyak memberi erti dan kata..