December 18, 2012

Tingkap Iman Syria!



Pantas masa berlalu, rasanya setahun lebih sudah  peristiwa kebangkitan rakyat di Syria tahun hadapan saja 2013, akan masuk 2 tahun peristiwa berdarah pembunuhan oleh basyar di Syria,  banyak adegan jua saksi mata melihat, bagaimana hak asasi kemanusiaan terus di calar oleh pihak rejim Basyar assad dan sekutu-kutunya Zionist, PBB, OIC dan beberapa lagi buah badan lain. Sehingga Kini saja lebih daripada 60,000 menjadi santapan kezaliman basyar termasuk kanak-kanak.


SYRIA..ada apa dengan nama ini sehingga ianya menjadi perhatian segenap penduduk bumi, kisahnya menjadi tatapan umat islam seluruh dunia tidak terlepas Malaysia bumi bertuah.

Apa yang telah terjadi di Syria saat ini?

Terlalu banyak persoalan dan jawapan jika ditanya, sehingga ada dikalangan kita mengatakan tanpa ada ilmu dan informasi benar sewenang-wenangnya  mengatakan ianya adalah perang antara wahabi dan Zionist, dan tidak lupa juga ada yang mengatakan rakyat Syria pengganas, kesian sungguh kenyataan sedemikian.

Kisah di Syria sana terlalu menggumit hati kita dan menguji iman seorang hamba Allah s.w.t, mana tidaknya salah satunya yang menguji iman mereka adalah disuruh sembah dan mengucapkan kalimat kotor mengaku Basyar sebagai tuhan, tetapi penulis melihat akan kehebatan para mujahideen atau para penegak kaliamah haq terus mempertahankan kalimat la ilaha illallah tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T , walaupun dengan berbagai dugaan dan cabaran sepanjang membawa risalah Haq.

“Apakah kamu menyangka bahwa kamu akan memasuki syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya : bila datangnya pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu hampir”
(Surah Al Baqarah : 214)

Bumi Syria menghadapi saat-saat getir ujian Allah turun bersamanya Rahmat-NYA jua janji syurga disisi-NYA. Mereka yakni rakyat Syria adalah gambaran apa yang dilalui oleh orang-orang yang beriman sebelum mereka.

Diriwayatkan daripada ibn abbas r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : ketika malam di’isra’kan, aku mencium bau yang sangat wangi lalu aku bertanya : wahai jibril, bau apakah ini,? Jibril menjawab: ini adalah bau wangi tukang sikat anak perempuan firaun dan bau anak laki-laki tukang sikat itu. Aku bertanya : bagaimana boleh berlaku yang demikian ? Jibril menjawab : ketika dia menyikat rambut puteri firaun tiba-tiba sikat itu terjatuh. Wanita itu telah mengambilnya kembali dengan membaca bismillah ( dengan nama Allah.s.w.t )

Anak puteri firaun pun berkata : Hai’ dengan nama bapakku .!  Wanita tukang sikat menjawab : Tidak’ Allah ialah tuhanku dan tuhanmu demikian juga tuhan ayahmu. Puteri firaun  bertanya : kalau begitu kamu beriman kpd Tuhan selain ayahku? Wanita tukang sikat itu menjawab : Ya Puteri firaun berkata : akan aku beritahu hal ini pada ayahku.!  Wanita tukang sikat menjawab : silakan.!

Dari kisah ini saja, bila kita amati kisahnya wanita penyikat rambut puteri Firaun memberitahu kepada kita bahawa kalimat yang baik dan layak itu adalah dengan mengatakan Tiada Tuhan Melainkan Allah s.w.t. Wanita tukang sikat tersebut di perintah untuk menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan fir’aun namun wanita tukang sikat rambut tersebut mengatakan sebaliknya iaitu tuhannya adalah Allah s.w.t.

Kemarahan terus membaham hati raja fir’aun, lantas firaun memerintahkan para tenteranya untuk menyediakan periuk besar daripada tembaga untuk dipanaskan, apabila ianya panas mendidih menjulang panasnya hingga ke hati , wanita tukang sikat itupun di lemparkan kedalam periuk mendidih, sehingga satu persatu anaknya dimasukkan didalam periuk panas mendidih, dan pada satu keadaan bila kesemua anaknya telak dimasukkan tinggal dia dan anaknya yang masih menyusu, timbul sedikit keraguan dalam hati wanita itu, lantas diyakinkan hatinya oleh anaknya yang menyusu dengan bercakap dan mengatakan kepada ibunya :

wahai ibuku’ campakkanlah diri ibu ke dalam periuk yang mendidih itu, kerana sesungguhnya seksa dunia ini jauh lebih ringan dibanding seksa akhirat.

Kisah ini saya sajikan agar kita merenung sejenak, bahawa tiada bezanya seksaan wanita tukang sikat anak fir’aun ini 2000 tahun lalu tersebut dengan seksaan yang diberikan kepada rakyat Syria kini 2012, keimanan mereka diuji oleh Allah, untuk mengatakan bahawa Allah s.w.t  itulah Tuhanku,kamu dan dia.

Disyria kini , mereka bukan dihidangkan dengan periuk panas mendidih tetapi dihidangkan roket-roket pemusnah yang menghancurkan kepala dan mulut rakyatnya, kepala disembelih lalu di buang dihadapan keluarga mangsa, dibakar hidup, ditanam hidup-hidup, hinggakan sifat kemanusiaan itu hilang dari diri mereka meletakkan mereka lebih rendah dari binatang-binatang buas. Melapah rakyat Syria yang tidak berdosa jua anak kecil yang baru ingin mengenali dunia.

*Lelaki syria ditanam hidup-hidup


Tetapi bagi mereka!

“ Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung
(Hadis Riwayat Al Bukhari)”

Pastinya Allah meletakkan Palestin dan Syria ini untuk memperlihatkan kepada kita kehebatan iman mereka disana yang diuji bukan setakat ujian yang kita alami di zon selesa ini, maka ada perbezaan iman kita dan iman mereka. Allah jua membuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang syahid dijalan-NYA,

Akan menangis dakwat dan pena penulis atau pelukis sebelum sempat menulis dan melakar mengambarkan bagaimana kehiudpan mereka saudara kita di Syria.

Tarbiyah mereka dalam keadaan zon kesusahan dan kepayahan lebih mengajar mereka untuk ikut sama rakyat palestin digaza sejak puluhan tahun, berbanding kita yang ditarbiyah dalam keadaan zon selesa tetapi tidak mampu jua mengajar kita untuk memahami perkara dan hikmah tujuan dari Allah.

Semoga Tragedi kemanusiaan yang berlaku di bumi Syria ini, mendidik serta menanam nilai iman untuk terus menyuburkan lagi agama Allah. Travelog luka Syria ini bukanlah hanya menjadi tatapan airmata umat islam dan adegan filem semata-mata tetapi untuk kita mengambil ibrah dalam perjalanan kita bersama mereka menuju matlamat yang satu iaitu Mardhatillah.

Wallahuahlam..