January 12, 2013

Revolusi 2013: Kebangkitan Rakyat Malaysia


                                     بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kebangkitan rakyat di negara-negara timur tengah sedang melalui fasa-fasa perubahan hingga akarnya terus menjalar ke bahagian asia amnya Malaysia. Hala tuju rakyat di negara-negara Tunisia, Mesir, Libya, semakin jelas dibawa pemerintahan baru, sama ada ianya dibawah pemerintahan islam itu sendiri atau sistem demokrasi yang adil lagikan saksama.



Kebangkitan yang saling berkait antara negara-negara umat islam terus memberi inspirasi kepada ribuan rakyat himpunan kebangkitan rakyat hari ini dimalaysia. Kini, dunia negara-negara umat islam khususnya tidak perlulah lagi mencontohi kejayaan revolusi Iran dan sebagainya yang tidak bersih keseluruhannya kerana dicemari pelampau syiah, sekutu amerika etc.. Kita ada revolusi Mesir yang  boleh dijadikan iktibar dalam menelusuri kerajaan atau pemerintahan baru sesebuah negara.

Dunia kembali fokus kepada isu kebangkitan rakyat, apabila peta negara Malaysia, negara asia tersebut mengalami kebangkitan oleh rakyatnya sejak beberapa tahun lepas. Kini adalah fasa terakhir kebangkitan buat mereka dalam membawa kepada sistem dan pemerintahan yang baru, jauh dari segala penindasan serta kezaliman pemerintah, sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum pertengahan tahun ini.

Tahun-tahun sebelumnya banyak menyaksikan segala penindasan, penyelewengan duit rakyat, Isu rakyat yang tidak selesai, hutang negara meningkat naik di paras bahaya, dan tidak kurangnya isu rasuah yang semakin bermaharajalela. Segelintir rakyatnya diajar tentang ilmu samseng, media tidak lagi bebas, malah dijadikan penutup bangkai yang telah busuk. Apa yang lebih teruk, Agama dijadikan modal untuk melariskan dan membenarkan segala tindak tanduk mereka.

Kehancuran demi kehancuran  dilihat disebalik keamanan jua kemakmuran yang dimiliki, nilai politik ilmu jua politik hikmah telah hilang, lolos dari arah sebenar, apatahlagi nilai integriti dalam pentadbiran yang memerlukan ketulusan dan keikhlasan.

Hari ini rakyat malaysia dihamparkan satu sejarah yang dicipta mereka dengan mengekori semangat revolusi mesir iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112, Para demostran hari ini akan berkumpul di tempat-tempat terpilih sebelum bergerak menuju tempat yang satu dimana menghimpunkan ratusan ribu manusia iaitu Stadium Merdeka lapangan jalanan rakyat.

Ratusan ribu bakal menyinari dan melakari jalan-jalan utama di kuala lumpur, malahan jutaan rakyat akan membanjiri kuala lumpur dikawasan stadium merdeka menyeru kepada pembaharuan dan pembersihan dalam pilihanraya serta menuntut dikembalikan hak-hak rakyat malaysia yang dinafikan seperti royalti, tanah, isu pengangguran siswazah,pendidikan percuma dan lain-lain.

12 Jan 2013 merupakan Hari kebangkitan Rakyat Malaysia atau yang dipanggil #KL112. Hari revolusi melawan penyiksaan, kemiskinan, rasuah dan pengangguran. Demonstrasi atau himpunan yang berlaku adalah sambungan dari siri-siri kebangkitan rakyat sebelumnya yang berjaya menghimpunkan lebih 500,000 orang.

Bila kita bercerita tentang Kebangkitan rakyat, mudah saja ! Apa yang telah mencetuskan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa lagi negara umat islam itu adalah sama dengan apa yang telah menyebabkan kebangkitan rakyat di malaysia, walaupun pada hakikatnya malaysia itu negaranya aman, damai, sentosa lagi makmur, tetapi dibalik pandangan semua itu, terselit calitan kebobrokan atau kezaliman berlaku. Apa-apapun kembalikan hak mereka yang bukan hak kamu.

Contohnya kebangkitan rakyat di Tunisia, disebabkan terbongkarnya penyeludupan harta kerajaan melalui sumber Wikileaks yang dilakukan oleh Zainal Abidin Ben Ali, bekas Perdana Menteri Tunisia, beliau terpaksa berdepan dengan ribuan pejuang keadilan atau rakyatnya yang menuntut keadilan serta merta, dan isu ini tidak kurang juga bila kita lihat situasinya dimalaysia.

Himpunan yang berlaku kali ini dipimpin oleh lapisan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari kalangan artis, ahli parti politik, Pemuda, Wanita, Ibubapa, Para penjawat awam, Guru, Mahasiswa serta lapisan masyarakat termasuklah orang kurang upaya (OKU) turun ke dataran stadium merdeka untuk melakukan  tunjuk perasaan mereka secara aman bagi menuntut hak mereka serta keadilan dalam sistem pilihanraya kelak.

"Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh lima puluh lima tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh lima puluh lima tahun itu."


Apa yang kita lihat hari ini jua, anak muda khususnya, mahasiswa Malaysia telah bangun dari sedar menuntut perubahan dan keadilan daripada regim yang telah 55 tahun memerintah Malaysia. Walaupun adakalanya tindakan yang dilakukan tidak masuk akal termasuk turunkan bendera, pijak gambar, kibar bendera sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dan lain-lain tetapi semangat perjuangan mereka tidak akan lesu ditelan AUKU.

Seperti Adam Adli dan mahasiswa yang lain, mereka ini juga dilihat mengambil serpihan semangat seperti Mohammad Bouaziz yang umpama lilin membakar diri bagi menyeru rakyat bangun melawan kezaliman pemerintah. Mahasiswa hari ini, yang semakin dilihat kebijakan mereka dan telah diakui menjadi  salah satu penyumbang besar juga kepada pemilihan kerajaan baru akan datang.

Mahasiswa adalah satu kelompok dalam masyarakat yang punya idealisme dan prinsip untuk menuntut keadilan dan kebebasan, bukan  sahaja idealisme malah darah muda yang mereka miliki mencetus kepada aktivisme yang menggerakan gelombang kebangkitan rakyat tanpa kenal lelah dan kepentingan peribadi, serta mengajak dan menganjak pemikiran rakyat untuk terus bangun.

Mahasiswa sedang berbicara kepada sang penguasa bahawa ‘kamu berlaku zalim dan perbodohkan rakyat!’

Kata-kata ini diterjemahkan dalam pelbagai lakaran dan lukisan baik berupa sastera, demonstran, teater, puisi, wacana, forum dan lain-lain. Gerakan mahasiswa punyai jalan, lorong dan idelisme tersendiri berbeza dengan parti politik mahupun NGO yang lain


"bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah."

Bunga raya kembali mekar, memberitahu pemiliknya rakyat malaysia untuk kembali sadar,
bahawa perjuangan kalian belum selesai,
hingga semboyan terakhir dilaungkan, untuk tumbangkan kezaliman jua kebatilan.



Wallahu a'lam