January 6, 2013

God Define the History.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Manusia dibentangkan dengan sejarah yang cukup untuk melalui liku masa depan yang lebih ironi dan dasyat. Manusia merancang tetapi tuhan menentukan. Rancangan manusia terhad kepada apa yang diketahui sementara penentuan tuhan menyeluruh kepada semua sistem makhluk.

Oleh itu, tidak ada seseorang pun manusia menjangka akan tercetusnya kebangkitan rakyat arab yang kini dikenali sebagai musim bunga arab ataupun arab spring. Tidak seorangpun menyangka akan kebangkitan mahasiswa terbesar mahasiswa dunia di china untuk menuntut keadilan bagi sebuah negara.

Seperti mana 1400 tahun lalu , tiada siapa yang menjangka akan kejatuhan kuasa terbesar dunia parsi dan rom walau sehebat mana rancangan mereka, tiada yang menyangka akan kejatuhan kerajaan soviet union, juga  dalam tahun ini 2013, mungkin ramai yang tidak menyangka akan kejatuhan sistem penjajah yang lama bertapak dimalaysia kini iaitu United Malay National Organization ( Umno ) dalam PRU 13.

Begitu jua tidak ada seorang manusia pun yang menjangka, mesir kini kembali kepada pemerintahan islam yang dulunya dipimpin parti sekular Husni Mubarak. Sejarah terus menerus dihamparkan kepada manusia. Sememangnya manusia melakukan kajian dan mempunyai kemampuan membuat analisa dan ramalan hinggakan agensi-agensi pemikir atau think tanks muncul di semua pusat-pusat peradaban dunia.


Begitulah dalam perjalanan sesebuah tamadun dan peradaban. Ia beralih dari era ke era dan dari zaman ke zaman. Ada dahulu, ada sekarang dan ada masa hadapan. Dalam perjalanan sesebuah tamadun perlu ada sejarahnya, dan yang menentukan sejarah Dia yang maha kuasa.

Peranan sejarah tidak boleh diperkecilkan. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan kebangkitan keadaan masa kini yang berlaku di Syria, Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa negara lain termasuk kebangkitan rakyat di malaysia kini. Sejarah juga mempengaruhi dan perlu diambil kira dalam membina wawasan dan visi.. Kerana dari sejarah kita dapat contoh dan teladan. Dari sejarah kita dapat ilmu dan pengalaman. Dari sejarah kita dapat ibrah pengajaran untuk membangun tamadun manusia.

Manusia mengarang dan membuat cerita penuh imaginasi samaada dalam bentuk buku atau filem yang menggambarkan pelbagai kemungkinan masa depan yang akan berlaku, contohnya ramalan bahawa Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 sejauh ini manusia meramal masa kiamat tersebut. Tetapi secara teperinci segala amaran dan ramalan sering kali melesit walaupun ada perkara-perkara umum yang menampakkan kebenaran tersebut, hakikatnya dusta semata.

Dalam islam, Rasulullah S.A.W  mengingatkan kita supaya tidak  bernujum, makanya jangan meramalkan masa depan apatah lagi dengan bantuan bomoh sesat lagi menyesatkan, hanya sekadar ingin meramal mengetahui masa depan, dan apa saja ramalan adalah sebenarnya penipuan.


Rasulullah s.a.w sendiri tidak mendakwa mengetahui masa depan baginda tetapi amat yakin akan masa depan islam itu sendiri, kerna ianya apa yang telah Allah perkatakan dalam wahyu-NYA kepada Muhammad s.a.w. Makanya bentuk ramalan yang dinyatakan baginda s.a.w hanya dalam bentuk wahyu.

Justeru, jika ramalan dilarang, bagaimana pula dengan rancangan? Adakah kita tidak boleh merancang masa depan?

Rasulullah s.a.w banyak membuat rancangan tetapi rancangan baginda tidak berasaskan kepada ramalan semata-mata tanpa berpandukan apa yang Allah s.w.t gariskan, ianya adalah berbentuk wawasan dan prinsip. Justeru manusia hanya mampu berwawasan dan berprinsip tetapi tidak lebih atau sampai menggadaikan prinsip dan wawasan, apatah lagi yang menyalahi al quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Dalam islam, kenabian atau nubuwwah bermakna seseorang itu mendapat wahyu untuk dirinya dan tak perlu disebarkan. Tetapi nabi muhammad s.a.w adalah seorang rasul Tuhan dan bukannya setakat seoorang nabi. namun dari segi panggilan, baginda disebut sebagai nabi muhammad s.a.w atau Rasulullah s.a.w.

Apabila disebut Rasulullah, pastinya yang dirujuk ialah baginda Muhammad s.a.w, walaupun terdapat Rasulullah lain seperti Nabi ibrahim, daud, sulaiman, isa a.s, ini kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah penghulu kepada para rasul dan nabi, sebab itulah juga selawantnya ialah s.a.w sementara yang lainnya a.s

Dalam bahasa inggeris, Nabi Muhammad s.a.w disebut sebagai prophet Muhammad pbuh. Pbuh itu adalah "s.a.w" sementara Rasulullah diterjemahkan kepada "Mesengger of Allah".

Istilah "Prophet"  bermaksud orang yang mampu melihat masa depan, maka nubuwwah atau kenabian baginda diterjemahkan sebagai prophecy. Tetapi masa depan itu yang dirujuk adalah seperti alam kubur, masyAr, syurga jua neraka, keadaan mati jua kiamat.

Kesimpulannya, tidak salah untuk merancang demi masa depan, tetapi jangan sampai dilalaikan oleh wajah dunia, sementara masa depan yang lebih utama yakni akhirat tidak dirancang.

Janganlah pula perancangan kita itu tanpa amalan atau tindakan jua pastikan rancangan kita tidak berlanggar dengan prinsip dan wawasan ataupun tidak berlanggar dengan al quran dan sunnah.

Hakikat kebenaran itu jua memerlukan perancangan, jika tidak dia akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang. Sejarah lalu, apa yang Tuhan telah nyatakan dan tentukan, maka manusia itu cukup hanya dengan merancang dan perlu di ketahui bahawa sebaik-baik perancang adalah Tuhan yang menentukan.

Wallahuahlam.