January 26, 2013

Smile is the Power!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Smile is the power ! Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia yang sentiasa memberi motivasi, salah satunya dengan senyuman baginda s.a.w, dan baginda juga menyatakan kepada sahabat tentang makna senyuman itu, dengan bersabda :

"Janganlah kamu menghina kebaikan seidkirpun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria" [ riwayat muslim ]

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang mampu mencairkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Dengan senyuman baginda lah ramai yang telah pikat hati dan bertambah cinta antaranya para sahabat, isteri baginda jua kanak-kanak yang sering Baginda temui. Baginda memancarkan sinar harapan dengan senyum, tidak kira apa bangsa dan agama.

Baginda juga mampu untuk sejukkan hati yang panas dan keras dengan senyuman, dan baginda s.a.w. memerintahkan atau menyuruh umatnya agar menghiaskan diri dengan akhlak mulia ini, kerna ianya tidak perlukan modal langsung untuk membelinya. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan dan sebagai modal untuk berdakwah. Itulah kuasa senyuman

Oleh itu, bagi saya, senyum adalah satu kekuatan dan satu kuasa untuk kita cipta satu kondisi atau keadaan yang hidup dengan nilai-nilai kebaikan. kalu kita nak lakukan apa-apa saja iringilah dengan senyuman hatta nak masuk ke blog mujahid siswa ini pun kena banyakkan senyuman, agar blog ni sentiasa memberi anda inspirasi dan manfaat bagi kita bersama. jom senyum tige..!!

* anak-anakku disyria, walaupun kezaliman kekejaman dilakukan terhadap mereka
tetapi senyumanadalah satu kuasa yang tidak boleh dimusnakan.

Baginda s.a.w pernah ditanya akan seorang sahabat :

"Ya Rasulullah, Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda :

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." [ Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar ].

Dalam hadis lain menyebutkan bahawa senyum itu ibadah,

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." 
[ Riwayat Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi ].

Begitulah Rasulullah s.a.w dalam melakukan urusan kehidupan, dalam mengajak parasa sahabat baginda untuk sentiasa merebbut dan melakukan kebaikan. Baginda s.a.w juga tidak pernah lekang dari memberi senyuman kepada sesiapapun .

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata :

“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


Saya juga pernah terbaca satu ungkapan atau pepatah cina yang boleh kita jadikan pengajaran, disebut :

Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

Pengalaman saya atau mungkin anda juga bila berhadapan dengan kaum cina di malaysia ini, mereka antara kaum yang suka sangat tersenyum.! Saya bila dikampus dahulu, bila bergiat atau bergerak kerja dengan sahabat - sahabat yang berbangsa cina ni, kita akan rasa sentiasa ceria dan riang! kalau nak tahu cuba sendirilah. Dan bagi saya juga, kita lihat biasanya orang-orang cina ini akan membayar senyuman yang paling mahal bila bertemu apatah lagi dalam urusan perniagaan. 

Oleh itu, senyum merupakan sunnah harian Rasulullah s.a.w, merupakan saham buat anda juga untuk dituai diakhirat kelak, perbanyakkanlah senyuman, kerana dari senyuman kita mampu ukir hari hari dengan bahagia. Kalau warga syria yang dalam kezaliman dan kekejaman dilakukan kepada mereka, mereka mampu ukir senyuman, kenapa tidak kita dinegara yang aman damai ini.

Wallahu a'am