February 3, 2013

Best Offer Untuk Anda !


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pertamanya, ini bukanlah iklan atau tawaran Mega Sale 2013. Tetapi ada sesuatu yang ingin di tawarkan kepada anda sebagai pemangkin dalam kehidupan insan kita dan kehidupan bermasyarakat tidak kiralah anda seorang murid, cikgu, ustaz atau profesor sekalipun.
.
Dalam kita hendak memberi tawaran itu, saya bawakan seorang model yang telah mengasaskan kaedah dalam memberi tawaran istimewa tersebut. Hassan Al Banna siapa tidak kenal pemuda yang gagah pemikirannya, berjiwa besar, berpandangan jauh, berpengetahuan luas, serta hebat daya kepimpinannya. beliau juga sentiasa memotivasikan dan termotivasi dengan orang-orang yang berada disekelilingnya, pengasas kepada sebuah gerakan pembaharuan yang masih wujud hingga sekarang. 

Organisasi yang diasaskan beliau bermula dari kecil-kecilan hanya diperingkat kampung dan kemudiannya berkembang sebagai sebuah kuasa besar yang hebat di mesir. Keahliannya mencecah ratusan ribu dari setiap pelusuk negara dan ianya masih kekal hingga sekarang dan merupakan salah satu pesaing dominan dalam lantai perdana politik di timur tengah malah digeruni oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika, Rusia, China apatahlagi menggerunkan dada Israel.

Insan hebat yang digelar al banna ini ternyata disenangi oleh pengikutnya. Malah disaat beliau ditembak, pemergiannya ke rahmatullah menggemparkan seluruh dunia, hingga terpanggil media arus perdana juga perhatian pimpinan kuasa-kuasa barat. Jutaan manusia mengiringi jenazah al banna pada hari pengebumiannya dan antara legasi utama al banna yang ditinggalkannya sehingga legasi utama ini bisa membuatkan musuh menjadi kawan adalah sifat dan sikap kepimpinannya yang berasaskan kasih sayang, prihatin dan bersangka baik.

Tiga medium yang menjadi perantaraan terbaik dalam melakar persahabatan dan kemasyarakatan apatahlagi dalam membina perpaduan yang utuh. Ke mana sahaja Hassan al banna pergi, beliau disambut meriah oleh ratusan ahli organisasinya ataupun masyarakat sekelilingnya. lebih menabjubkan yang menjadi ramuan dalam membina hubungan yang mantap antara kita dan orang lain dalam membina empayar persahabatan adalah, tatkala al banna bersalaman dengan ahli-ahli atau masyarakat, beliau akan melakukan 3 perkara berikut :

1. Memandang wajah dan mata orang yang bersalaman dengannya
2. Memberikan senyuman dan lafaz salam.
3. Menyebut Nama orang itu atau bertanya nama.

Itulah cara Hassan al banna menunjukkan daya kepimpinannya, Al Banna menawarkan kasih sayang dan membuktikan keprihatinannya dengan mengingati nama pengikut-pengikutnya. Hebat bukan. Inilah tawaran yang saya atau anda boleh berikan kepada sesiapa pun.

Jadi kenapa tidak anda juga, boleh menawarkan hal yang sama ? sama ada yang terlibat sebagai da'ie, ustaz, ahli menteri, guru, sahabat, dan sebagainya.

Sekarang, bayangkan jika kita adalah ahli kepada Organisasi Al banna yang berpusat di Mesir. Kita pula ahli biasa yang tinggal di Malaysia, apabila Al banna datang ke Malaysia, tatkala itu beliau bersua dan bersalaman dengan kita, tiba-tiba dia tanya khabar dengan menyebut nama kita.! Tidakkah kita berasa kagum, dihargai, atau berasa bangga yang positif terhadap nilai diri kita. Bukan bangga negatif atau "Riak" ya

Ingat prinsip fitrah ini, manusia cukup bangga dan rasa dihargai apabila nama mereka diingati atau disebut-sebut tidak kira sesiapa. Saya sudahpun mencuba, Alhamdulillah tawaran ini sebagai saham saya di akhirat kelak. Ayuh tawarkanlah kasih sayang yang baik dan keprihatinan kita kepada sesiapapun sama ada yang baru kenal atau yang telah dikenali lama.

Oleh itu, kita dalam berbagai pentas ini, tidak kita kita latar sebagai cikgu, murid, ustaz/ustazah, menteri-menteri, ahli politik atau sesiapapun, wujudkan dan binalah prinsip fitrah ini dengan 3 perkara tadi, supaya kita sentiasa optimis dan termotivasi akan keadaan dan sentiasa berkasih sayang juga sentiasa prihatin diantara satu sama lain.

Wallahu a'lam