February 19, 2013

Hampirku Lupa.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hampir aku lupa untuk menulis akan terbitnya cintaku padanya. Masihkah kau ingat 12 Febuari 1949, jika ditanyakan kepadaku aku, nescaya akan aku sambut dengan jawapan, Ingat..cumanya ketika itu, diriku belum lagi memijak bumi Allah ini..

12 febuari 2013 baru-baru ini, atau 8 hari sebelum ini, genaplah 64 tahun kesyahidan permata Islam yang amat bernilai, kalau dia masih hidup dimasa kini pasti umurnya sudah mencecah 107 tahun. Imam Hassan Al-Banna. 

Beliaulah yang menyusun zikir-zikir mathurat untuk bacaan harian umat Islam hari ini dan menulis beberapa buah yang terkenal dan menjadi tatapan juga bacaan dibeberapa buah perpustakaan dunia pada hari ini.. Beliau adalah pengasas kepada gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang berusaha menegakkan Islam di bumi Mesir pada ketika itu seterusnya cita-citanya ingin menegakkan islam diseluruh pelusuk negara.

Al imam hassan al banna meningal dunia dalam usianya yang agak muda  43 tahun, terlalu muda untuk meningalkan pengikutnya yang terlalu ramai yang menyayanginya..

Dia ditembak mati agar dia mati selama-lamanya, tetapi hakikatnya suaranya tidak mati. Suaranya terus bergema menerawang dan menerobos menghantui kezaliman duniawi sambil mengamit cahaya kebenaran sehinga kini.

Maka, hari yang penuh bersejarah sebegini walaupun seminggu telah berlalu, sama-sama kita hayati dan renungkan sejauh mana roh perjuangannya atau islam yang syumul itu menyusuk ke dalam setiap juzuk hati kita? sudah sebatikah ia dalam diri kita? dan sejauh mana kita mempraktiskannya? atau masih berada di zon jahiliyyah yang membelenggu diri?   

Walau apapun juga jawapan kalian, semoga kita mampu untuk terus tsabat di jalan dakwah dan perjuangan yang kita pilih ini.. Jom koreksi diri.. 

Setakat itulah entri kali ini menukilkan insan juga seorang guru bagiku untuk aku lepaskan kerinduan yang bertamu, Hassan Al-Banna. Kalau kalian ingin mengenalinya lebih rapat lagi, ada sebuah buku yang di tulis khas tentang biografi hidupnya al imam hassan al banna, kalau tidak mampu, tanya dengan pak syeikh google pun boleh..

InsyaAllah, akhirnya aku juga punya cita-cita seperti sahabatku untuk merealisasikan ziarahku ke Maqam Hassan Al-Banna, tetapi bukan tahun ini, tetapi tahun yang akan dizinkan Allah untukku pergi, kalau boleh tahun depan..insyaAllah Mohon Doanya.. 

Wallahu’alam