February 23, 2013

"La Taghdab" Kawal.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Orang yang pemarah adalah orang yang berjiwa lemah dan rapuh, manakala orang yang mampu menahan marah adalah orang yang berjiwa kuat dan kukuh. - Hakikatnya kita tidak dapat lari dari perasaan marah, cumanya bagaimana kita hendak mengurus marah .

Ukuran kuat atau lemahnya seseorang bukannya dilihat daripada kemampuannya dalam memukul walaupun dia mampu melakukannya ataupun menendang, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menahan mengurus hawa nafsu ketika dia sedang marah.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda " seseorang bertanya kepada Rasulullah, " Ya Rasulullah, nasihatilah aku " Baginda Muhammad s.a.w menjawab " Jangan Marah." Orang itu menanyakan hal itu berkali-kali. Baginda menyebut , " Jangan marah". 
[ Hadis Riwayat Bukhari ]


Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu ke arah sikap tersebut. 

Mari kita perhatikan adab-adab ketika marah :


1. Jangan marah kecuali kerana ALLAH.

Sebuah hadis Rasul s.a.w yang bermaksud: 

"Demi Allah, baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang baginda hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka baginda akan marah kerana Allah." 
[ Riwayat al-Bukhari no 6404]


2. Ingat Kekuasaan dan Keagungan-Nya ketika Marah.

Pandang ke alam lihat akan kebearan Allah dan sejukkan hati untuk redupkan hati. 

3. Menahan Marah.

Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud :


"Dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain 
dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."
[ surah Ali Imran : 134 ]

4. Berlindung kepada-Nya ketika marah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

"Jika seseorang yg marah mengucapkan 'A'uzubillah' (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannnya. [ Riwayat Ibn Adi ]

5. Diam.

Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Rasulullah SAW:

 "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam."

6. Mengubah posisi. 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: 

"Jika salah seorang dari kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring." [ Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Abn Majah ]
 
7. Berwuduk.

Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkanlah marah itu dengan berwuduk
 
8. Jangan berdendam.

Allah berfirman yang maksudnya :

 " Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulahj yang lebih baik bagi orang yang bersabar. [ Surah An Nahl : 126 ]

9. Bersabar dan Memaafkan.

Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah : " Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf" [ Surah al syura : 37 ]
Wallahu'alam.