February 11, 2013

Ragam si Pendiam.

 \
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Diam, Quiet,サイレント Suskun Schweigen, itulah antara perkataan didalam bahasa-bahasa dunia, kalau kalian faham bahasanya alhamdulillah. Tapi kita bukan nak kongsikan tentang kepelbagaian bahasa atau hari bulan bahasa hari ini tetapi kita nak lihat serba serbi tentang gelagat watak diam ini. Diam adakalanya bermanfaat tetapi harus diingat kekadang mendatangkan ketidak puas hati orang juga terhadap persekitaraan yang memerlukan untuk seseorang itu memberi respon.

Kenapa tidak kita juga akan berasa yang sama! bilamana kita bertanya dan mengutarakan pandangan, akhirnya jelmaan sang diam berjuta kata saja menyahut.

Kerap berlaku dalam komunikasi atau perjumpaan persatuan mahupun perbincangan, ada orang yang langsung tidak bercakap atau memberikan sebarang respon. Tiada tindak balas positif atau negatifnya, hanya taat pada diam sahaja. Tidak bercakap dan bersuara, senyap seribu dan sejuta bahasa dan kata.

Sesungguhnya diam itu membawa seribu atau sejuta erti, dan ianya juga membawa alasan tersendiri. Natijah diam itu juga pelbagai. Ada diam yang membawa kebaikan dan tidak kurangnya yang mendatangkan masalah pada kita. Anda setuju silakan senyum jika tidak berikan komentar anda. ^_6

Diam ade banyak jenis, tapi kita kongsikan 6 perkara biasa yang terjadi.. mari kita lihat kelompok pendiam ini :


-. Diam semula jadi..
Situasi dimana satu hari seorang pemuda menegur seorang wanita. mencuba beberapa kali tegur tapi perempuan itu hanya berdiam saja. akhirnya pemuda itu menyuruh untuk dia bercakap.. Perempuan itu menyahut dengan nada yang kuat tapi pemuda itu tidak faham.. Rupanya perempuan tu bisu.. 

-. Diam terpaksa..
Situasi ketika orang tua bercakap, mereka ini dilarang menyampuk sedangkan ketika itu ada suatu perkara hendak dinyatakan. maka jalannya diam terpaksa. Kadang kala berlaku juga dalam sistem pemerintahan di malaysia ini !

-. Diam Bodoh
Masa orang tengah berbincang-bincang tentang suatu benda.. dan ditanya kepada mereka lantas mereka ini hanya mendiamkan diri sahaja, padahal tidak mengetahui dan memahami perkara itu. makanya mereka ini diam budus kata kelate. situasi kerap berlaku didalam bilik darjah atau bilik kuliah.

-. Diam Malas
Dalam sesetangan manusia ni ada yang selalu banyak idea, pendek kata merekalah master mind dalam setiap hal tapi satu hari ni tiba-tiba diam saja. Alasannya malas nak bagi idea.. Bagi idea pun orang tidak akan  terima.. Tak pun kalau idea itu diterima, mereka-mereka ini juga yang nak kena bertanggungjawab. Jadi lebih baik diam. situasi yang berlaku didalam sesebuah organisasi.

-. Diam Merajuk
Selalunya terjadi kepada orang bawahan. Selalunya orang atasan akan mengatakan mereka ini bersikap terbuka tapi akhirnya semua idea kite kena "reject" buta-buta. So untuk mengelak hati terluka, dihiris sembilu lebih baik diam. Diam merajuk tapi peduli apa bos tidak mahu pujuk juga.

-. Diam Sombong.
Selalu berlaku pada orang yang punyai darjat. Bila orang yang tidak berapa kelas dengan mereka menegur, mereka yang punyai darjat tinggi ini akan buat macam tiada bunyi sahaja, alasan sebab tidak sama level dengan mereka. kalau lihat cerita "titanic dan layar kehidupan insan lain zaman sekarang memang banyak.

-. Diam Effektif
Diam untuk berfikir dan mengatur strategi. Diam jenis sememangnya bagus.. Kadang-kadang diam pun ada kelebihan dia dan punya pengaturan yang sesuai. Ini yang diharapkan, kerana adakalanya juga diam peluru bagi kelompok ini.

InsyaAllah semoga bermanfaat buat kita bersama kali ini, berdiamlah apabila perlu dan bercakaplah apabila menjadi keutamaan. Walau apa bentuk diam sekalipun, yang terbaik adalah diam yang disunnahkan baginda s.a.w, nak tahu bagaimana diam yang Rasulullah s.a.w anjurkan, insyaAllah di lain entri kita sambung.

Wallahu'alam