February 11, 2013

Setuju?


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Hari ini Alhamdulillah, suasana yang indah lagi ceria dibumi malaysia malam ini, dan penulis malam ini ingin membawa kisah kepintaran seorang majikan dan kebijakkan pekerjanya dalam situasi. Insya'Allah semoga bermanfaat bagi kita bersama dalam mewujudkan budaya saling ingat mengingati nasihat menasihati dalam keadaan kita menghargai dan menghormati.

Once upon the time, ada seorang majikan disebuah syarikat P, ketika majikannya sampai di pejabatnya, beliau terlihat beberapa orang pekerjanya sedang menghisap rokok berhampiran kawasan papan tanda yang menunjukkan "Dilarang Merokok".

Lantas mari kita tanyakan diri kita, adakah majikan atau ketua kepada pekerja itu akan menegur dengan berkata " tidak nampakkah papan tanda itu," atau "hisaplah rokok itu sampai mati" ? 

Tapi sebaliknya berlaku iaitu, apa yang dilakukan oleh majikan itu adalah, beliau  pergi ke arah pekerjanya dan menghulurkan kepada setiap seorang sebatang rokok dan berkata "ambillah ini.. hadiah daripada saya untuk kamu semua pada hari ini. Rasanya lagi bagus kamu semua hisap rokok diluar, setuju?" dengan senyuman menghargai.

Pekerjanya pun sedar yang bos atau ketua mereka tahu yang mereka telah melanggar peraturan pejabat dan mereka kagum kerana dia tidak berkata-kata secara langsung mengenai peraturan itu ataupun mengata-kata kesat.

Malah yang dibuatnya adalah memberi sedikit hadiah yang membuat semua pekerjanya berasa diri mereka dihargai dan penting. Inilah asas kejayaan sebuah syarikat persatuan mahupun organisasi apa sekalipun. Ketua mereka atau majikan umpama ayah dan ibu dalam menegur dengan kebaikan dan penuh kesantunan.


Bagaimana? sudah tentu kita pun menyukai orang yang sebegini rupa kan? Lihat-lihatlah, kalau-kalau ada yang miliki serupa demikian ini, kalau tiada, baik anda yang mualakan dahulu, agar dapat kita semaikan kebaikan bersama. Walau apapun jawatan mahupun jabatan kita, menegur atau mengkritik perlu ada kewaspadaannya agar orang yang kita tegur atau kritik mudah untuk menerima, dan ingat sifat pemaaf itu perlu ada sentiasa agar menjadi kita orang yang sabar.

Wallahu'alam