March 12, 2013

Langkahku..



Aku melirik ke kanan
aku menoleh ke kiri
Dia masih tidak mahu lari!
Masih bertenggek di tepiku ini…

Aku cuba memecut laju
Tidak mahu diri terus diburu
Namun apa dayaku
Terkamannya menyebabkan aku kelu..

Semakin kencang mahu kaki melangkah
berayun memperjuangkan dakwah
Semakin licik dia berdakyah
memalingkan hati ini dari Allah

Benar Tuhan kata
semakin dekat kita padanya..
semakin banyak ujian menimpa

nafsu,dunia dan syaitan tetap seteru utama
dari zaman Adam sehinggalah ke zaman kita
Payah mereka melihat kita bahagia
Dihasutnya manusia turut membenci kita

Apalah azimat adakah pegangan
Yang mengukuhkan hati ini di atas perjuangan
Dakwah ini akan terus berjalan
Samada kita bersamanya atau kita akan terus ketinggalan

Tentu profesion dai tidak boleh kutinggalkan
Dakwah menyuluh tujuan kehidupan
Tanpanya aku tentu tidak bermakna apa-apa
Apatah lagi untuk menyedut haruman syurga menawan




Credit Untuk Rakan seperjuangan Manfira Aula..