June 12, 2013

Catatan Gezi Park, Turki


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dalam kehangatan isu yang berlaku kini di syria akibat keterlibatan Hizbulsyaitan membantu assad tentera rejim, media-media dari seluruh dunia sedang mengalih arah pena mereka menumpukan seketika perhatian kepada Turki yang dipimpin Erdogan dari Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) - Justice and Development Party (JDP) berikutan satu peristiwa yang berlaku pada Mei di Gezi Park, Beyoglu,Istanbul.

Perhimpunan atau Protes yang bermula di Gezi Park adalah protes pencinta alam sekitar yang asalnya aman telah bertukar menjadi panas antara pihak polis dan ahli perhimpunan tersebut. Dalam beberpa sumber yang diteliti, dilihat polis yang telah melepaskan gas pemedih mata dan mengasari para demonstran mengakibatkan ada demonstran telah cedera. Perdana Menteri Turki, Recceb Tayyib Erdogan mengakui bahawa pihak polis telah melebihi apa yang sepatutynya, demikian juga dengan Timbalannya, Bulent Arinc.


Untuk pengetahuan kita juga, Gezi Park (Dataran Taksim) adalah sebuah taman di Istanbul. Pihak pemerintah berhasrat menubuhkan replika sebuah bangunan lama dan bersejarah yang pernah menjadi berek tentera kerajaan Uthmaniyyah satu masa lalu. Bangunan tersebut telah dirobohkan pada 1940 oleh parti pemerintah aliran Kemalism pada masa itu iaitu Cumhuriyet Halk Partisi (CHP)

Replika yang akan dibina tersebut akan menjadi sebuah pusat niaga. Namun bantahan timbul oleh segelintir rakyat karena pembinaan bangunan itu akan menghapuskan sebuah taman dan sebuah pokok, lalu protes aman berlaku. Kekasaran pihak berkuasa menjadikan protes yang asalnya berlangsung aman bertukar agresif. Beribu-ribu demonstran mula memenuhi Taksim Square dan demonstrasi-demonstrasi turut berlangsung di tempat-tempat lain di Turki. Presiden Turki, Abdullah Gul telah memberi respon bahawa sepatutnya rakyat diizinkan untuk menyuarakan pandangan mereka dan layanan pihak polis tidak sepatutnya.

Demikian antara kronologi dan latar belakang ringkas yang saya sendiri cuba dapatkan melalui sahabat dan media-media yang rasanya 50-50 tentang isu yang sedang melanda Turki.

Pada masa yang sama, penganalisis politik terkenal Turki, Ihsan Yilmaz menegur projek pembangunan pemerintah yang seakan-akan terlalu sarat, hingga dibimbangi memberi keuntungan kepada pihak yang kecil sahaja dan merugikan generasi akan datang. Beliau juga menyatakan di Istanbul hanya ada sedikit taman yang bersejarah yang menjadi tempat rekreasi rakyat di sana.

Bagi saya, persoalannya itu tidak terhenti disitu, adakah benar itu sahaja ceritanya? Kerana sebuah taman atau pokok, tercetusnya protes di pelbagai kawasan hingga melarat ke ankara? Bagaimana, Daripada isu alam sekitar, ia merebak kepada isu campur tangan Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tempat awam & lain-lain lagi. Daripado protes serta occupy yang mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh kumpulan pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh pemimpin yang ada hidden agenda. Pastikan anda mendapatkan sumber yang betul, agar tidak tertipu dan dipermainkan segelintir kelompok.


Wallahu’alam

>Bersambung