June 11, 2013

Merpati


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Aku dikejutkan pada tengah malam,
Oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu
Sedang aku masih kelenaan


Demi Tuhan kaabah, 
Aku berdusta
Kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati
dapat mendahuluiku

Aku menyangka 
Akulah pencinta
Yang paling sedih menderita
Kepada tuhan aku tidak menangis
Sedang binatang sentiasa dalam tangisan

Kitab Ayyuhal Walad -  Al Ghazali