July 31, 2013

Apakah Hubungan Antara engkau dengan Tuhanmu?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi,

Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya didalam bulan-Nya yang agung ini untuk beribadah kepada-Nya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu.?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat islam disemua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu, Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga menjadi harapan golongan yang tertindas di suriah, palestin, dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah mesir?

Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhamu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di zaqaziq engkau menjadi lambing manusia yang merdeka disemua tempat didunia ini.



Ya Allah, sekiranya engkau mengetahui bahawa hamba-Mu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya, kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhluk-Mu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun.

Janganlah engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaan-Mu, lindungilah dia dengan perlindungan-Mu, takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada.

-Nukilan wartawan mesir Mahmud Murad kepada Dr Muhammad Mursi