July 28, 2013

Exactly! Islam Agama Kasih Sayang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Islam agama Kasih sayang yang melebur kebencian, Islam adalah Harapan kepada setiap putus asa. Islam adalah Penerima dikala yang lainnya Menolak, Islam adalah Pemujuk disaat semua Menunjuk, Islam adalah Rawatan kepada Permasalahan, Islam adalah Cahaya yang menghalau kegelapan, Islam adalah Keselamatan kepada marabahaya dan segala ancaman.

Sebagai muslim kita menyedari, percaya dan yakin kepada prinsip agama islam yang berpaksikan kasih saying. Nabi Muhammad s.a.w menyatakan, “ tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.

Manakala dalam peperangan, muslim hanya dibenarkan berperang bagi mempertahankan diri. Apabila berperang, tentera islam dilarang menyerang wanita, kanak-kanak, orang tua dan sesiapa yang berada ditempat ibadah tidak kira apa jua agamanya.


Dalam satu hadis sahih, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan daripada an – nu’man bin basyir katanya rasulullah s.a.w bersabda “ perumpamaan kaum mukminin dalam hal sayang menyayangi, saling kasih mengasihi dan saling berlemah – lembut itu ibarat satu badan. Apabila salah satu anggota badan berasa sakit, tentu seluruh badan merasai sakit. Kerana kesakitan itu, manusia berjaga, tidak tidur serta berasa panas.”
 – muttafaq’alaih

Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempamerkan sifat berkasih sayang. Ia jelas terbukti dalam hadis sahih, daripada abu hurairah katanya, Rasulullah mencium Hassan bin ali dan berhampirannya ada seorang bernama al aqra’ bin habis, lalu aqra’ berkata “ saya mempunyai  10 orang anak, belum pernah saya mencium seorang pun dari mereka.” Lalu Rasulullah s.a.w memerhatikan orang itu kemudian berkata, “ sesiapa yang tidak memberi kasih sayang kepada sesama manusia, maka dia juga tidak diberi kasih sayang.

Bukankah ia indah? Kita percaya, apa juga agama sekalipun tidak mengalakkan keganasan. Masing masing menggalakkan kasih sayang. Asasnya, memberi adalah syarat menerima, apabila seseorang mahu menerima kasih sayang, maka dia perlu terlebih dahulu memberi kasih sayang.


Wallahu’alam bissawabb

Source : petikan asal "falsafah megnet diri", olahan blogger