1 Klik Mesra

August 6, 2013

Inilah Penyakit Orang Baik.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Penyakit ini hanya menghinggapi "orang baik" sahaja. Orang jahat dan tidak mengenali Allah tidak memiliki sifat - sifat ini kerana mereka tidak melakukan ibadah sama sekali. Mereka akan menjadi bara api neraka tanpa hisab, jadi jangan ingat masuk syurga sahaja tanpa hisab, nerakapun disediakan. Demikianlah Maha Adil-Nya Allah.

Adapun orang yang baik ini, maka ia mesti terus menjaga kemurniaan ibadahnya. Setiap kali melakukan ibadah, dia wajib meluruskan, memperbaharui, mengukuhkan niatnya agar ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t dan semata-mata kerna Allah s.w.t. Terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji dirinya serta tidak merasa dirinya perlu dimuhasabahkan.



Syeikh ali al khawas berkata : "jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, lalu seseorang memujimu, maka itu satu peringatan atas kekurangan yang terdapat dalam diri, maka periksalah dirimu, carilah sebabnya kenapa manusia memujimu"? boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, maka Allah memberikan pujian itu untukmu, boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai perkara mengkritik dan mencari kesalahan indah pada pandangan kita, mengkritik kerana ingin meluruskan tanpa menginsafi, maka Allah memberikan kelebihan petah berkata kepadamu sebagai satu - satunya balasan atas ibadah tersebut. Seperti seorang ayah yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan 


Untuk menghindari sifat ini, kita wajib mengetahui tanda-tandanya, pastikan tanda-tanda tersebut tidak terdapat dalam diri kita dan cuba untuk menjauhinya.

Ali bin Abi Talib pernah berkata : "Tanda-tanda riyak tiga perkara :

1. Malas beramal jika bersendirian
2. Rajin beramal jika dalam ramai
3. Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela

Tanda pertama dan kedua sangat jelas. orang yang memiliki sifat riya' bermotivasi untuk beramal hanya apabila ramai orang yang melihatnya. namun apabila tidak ada sesiapa yang melihatnya dia akan malas melakukan amalan tersebut. Amalan itu adalah amal-amal yang diniatkan kerana Allah, lantas keruh keikhlasannya kerana sifat ini.

Adapun tanda ketiga yang disebut oleh Saidina Ali, ia sangat halus dan jarang disedari. Yakni, sesiapa yang tidak suka pujian, maka ia tidak takut celaan. Sesiapa yang bebas dari riya' ia akan terus istiqamah beramal walaupun semua makhluk mencela dan memulaukannya. Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak menggerakkannya beramal

Para ulama berkata : tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghormatan daripada mereka.

InsyaAllah, semoga kita terhindar dari sifat riya ini, maka sentiasalah mohon kepada Allah yang membolak hati kita ini, agar ditetapkan keikhlasan hanya kerana Allah. Jangan kerana perkara riya ini, amalan dan ibadah kita samaada yang umum atau khusus menjadi keruh dan kotor akibat ramuan riya yang mengotorinya.

Wallahu'alam