August 7, 2013

Kongsikan Raya Kalian.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kanak-kanak Syria ini, tidak akan mendapat hadiah Aidilfitri dari ibu dan ayahnya tahun ini, kerana dia sudah tidak mempunyai ibu dan ayah lagi. Regim laknat Bashar Assad telah mengambil nyawa kedua orang tuanya dengan begitu rakus sekali..


Dengan sumbangan dan zakat dari anda, inshaAllah anda telah membantu beliau dan beratus-ratus ribu kanak-kanak serta pelarian Syria yang lain untuk sekurang-kurangnya meneruskan kehidupan. Ramai di antara mereka hidup dalam keadaan melarat semenjak konflik yang melanda negara mereka 28 bulan yang lalu. Biarlah mereka dapat rasa raya kita, walaupun tidak banyak tapi sedikit yang boleh dikongsikan kepada anak serta saudara kita dibumi syria.



Hari terakhir ramadhan ini, kami menyeru penderma budiman untuk bersama-sama kami membantu mereka dalam apa cara sekalipun, dan sumbangan anda akan dihantar kepada mereka inshaAllah dalam misi seterusnya dalam masa terdekat.

Sumbangan boleh dibuat melalui :

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
12029010063512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

[Surah Al Hadid, Ayat 18]


Source : IKRAM For Syria