August 2, 2013

Egypt Crisis : Analisis Dr Azzam Tamimi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Beberapa rakan bertanya kepada saya secara terperinci mengenai sikap Barat berkenaan krisis semasa di Mesir. Saya katakan: "(dengan bantuan Allah) perkiraan Barat berbeza daripada perkiraan kita. Pada mereka, perkara ini tidak berkaitan dengan kasih-sayang atau kebencian, tetapi kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi, serta cara terbaik untuk mencapai kepentingan-kepentingan mereka.


"Tidak syak lagi bahawa mereka menyokong rampasan kuasa secara tidak langsung, dan mereka ingin (rampasan kuasa ini) berjaya kerana mereka inginkan kestabilan berlaku di Mesir, kerana mereka mengutamakan kestabilan di Mesir. 

Ia bukan satu rahsia mereka tidak suka melihat golongan Islam memegang tampuk pemerintahan bukan sahaja di Mesir tetapi juga di mana-mana negara Arab dan mereka lebih suka pemerintah itu daripada kalangan golongan yang boleh diletakkan pergantungan untuk mencapai apa yang mereka mahu atau memastikan kepentingan mereka tidak hilang.



"Walau bagaimanapun mereka tidak mampu untuk terus memberikan sokongan politik atau "undang-undang" kepada golongan perampas kuasa jika keadaan tidak stabil dalam tempoh masa yang sesuai dan boleh diterima atau jika golongan perampas kuasa dengan sengaja memilih pendekatan menumpahkan darah dan gagal dalam mencapai kehendak mereka

"Untuk itu, pemimpin eropah berduyun-duyun datang ke Kaherah sekarang untuk mencari jalan keluar untuk menjaga air muka sebanyak mungkin pihak yang berkepentingan tanpa perlu kembali kepada keadaan sebelum 30 Jun.

"Yang saya bimbang seperti mereka bimbangkan, berlaku serangan baru yang menumpahkan darah yang akan menyebabkan mereka malu untuk berhadapan dengan rakyat di negara mereka, dan khususnya penyokong legitimasi sememangnya terus memilih pendekatan berhimpun secara aman dan tidak berlaku sebarang tindakan ganas daripada mereka.

"Yang mengejutkan mereka (pemimpin Eropah) ialah penyokong legitimasi tidak menunjukkan sebarang kesediaan untuk menerima penyelesaian (jalan tengah) yang akan berakhir dengan terus kukuhnya pemerintahan tentera untuk dan menggagalkan proses demokrasi, dan bakal kembali ke zaman penindasan dan tekanan ganas kepada semua pembangkang terhadap kuasa kerajaan.

"Sesiapa sahaja yang membaca sejarah moden Mesir tentu tidak lupa peristiwa bagaimana Prof Dr Abdul Qadir Audah pada tahun 1954 telah diminta oleh General Muhammad Naguib dan pegawai-pegawainya (di anjung Istana 'Abidin) untuk menenangkan kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa yang telah dilakukan (menggulingkan Raja Farouq) dan beliaupun melaksanakannya. Walau bagaimanapun selang beberapa minggu, Prof Dr Abdul Qadir Audah dan beberapa pemimpin Ikhwan yang lain (telah dikhianati) telah dihukum gantung sampai mati oleh General Gamal Abdul Naser, taghut kurun ke-20 Mesir".

Source : Twitter Dr Azzam Tamimi