August 26, 2013

Syria : Massacre of Global Silence.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kami di Mujahid Siswa Blogspot.Com mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menggunakan senjata kimia sehingga mengakibatkan kematian ribuan rakyat Syria dan mencederakan ramai lagi di Ghouta dekat Damsyik pada 21 Ogos lalu. Ini atas nama saudara muslim dan atas nama hak asasi kemanusiaan.

Bashar semakin mengganas dan cuba memanipulasi keadaan serta menyembunyikan tangannya. Kenyataan bashar baru-baru ini yang menyebut bahawa beliau tidak terlibat dalam kejadian tersebut seolah-olah cuba lari dari perbuatan pembunuhan senyapnya.


Tindakan tersebut jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta melanggar hak asasi kemanusiaan. Ini bukan yang pertama kali berlaku di Syria dan pembunuhan kejam yang dilakukan assad sememangnya tidak berperikemanusiaan. Malahan pihak yang berwajib hanya menutup mata sebelah dalam menangani jenayah yang dilakukan assad di Syria.

Kanak-kanak antara yang terbesar menjadi mangsa serangan dan menjadi mangsa pembunuhan bashar assad selama lebih 2 tahun di Syria.

Pihak yang bertanggungjawab melakukan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu mesti dibawa ke muka pengadilan dan semoga Allah melaknat ke atasnya.


Berharap pihak kerajaan Malaysia juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab menjalankan siasatan jujur ke atas laporan-laporan tersebut dan memohon kepada rakyat malaysia khususnya sahabat blogger untuk mendoakan kesejahteraan, kekuatan serta kesabaran dalam berjuang buat saudara muslim kita yang dizalimi dan dianiaya, serta mendoakan agar si penzalim insaf dan kembali kepada Allah tuhannya.