September 25, 2013

Dua Panggilan.


Panggilan Rabia 
Panggilan Syria 

rabia, syria menggempar buana
bergema takbir, barisan pejuang
nyata berbeza suram suasana
sejarah terukir mujahid berjuang.

suara takbir barisan pejuang.
semangat berkobar mengejar syahid
sejarah terukir mujahid berjuang
pertahan negara naungan tauhid

semangat syria mengejar syahid
gerun bertandang di jiwa seteru
teringat bisyarah pertahan tauhid
mekarnya jiwa dari dedebu

gerun bertandang di jiwa musuh
 hancur sisi assad pembunuh !
gerun bertandang di hati musuh
hancur sekutu yang membunuh.

*kosovo with you egypt