September 16, 2013

Ulama Meng'Inspirasi Rakyat.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perjuangan ulama-ulama terdahulu, cukup dikagumi oleh rakyat. Sejak dahulu, sehingga kini, sama ada di wilyah nusantara mahupun ditimur tengah.  Siapa tidak kenal Muhammad al fateh, pemimpin profesional yang juga seorang ulama, Tok Janggut, Maulana Abdullah Nuh India, Abu bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Muhammad Mursi dan banyak lagi nama-nama ulama-ulama yang disayangi rakyat.

Rakyat menyayangi hingga tahap mencintai mereka. Kisah muhammad al fateh antara dialog terbaik antara seorang ulama, pemimpin dan rakyat, Muhammad al fateh dicintai rakyatnya disebabkan membawa inspirasi rakyatnya untuk menjadi yang terbaik dibawah pimpinannya dan rata-rata ulama yang hadir dalam sejarah atau pentas srakyat dulu dan kini mempunyai agenda yang sama, menginspirasi kebajikan manusia.

Ketika itu, mereka inilah antara penggerak dan pemikir bagi suara rakyat, yang mahukan kepada kemerdekaan dan terhindar dari penindasan dari dan penjajahan. Ulama dahulunya terkehadapan dalam menginspirasi rakyat.


Dalam keadaan kebencian rakyat terhadap penjajah dan kezaliman, ketika itu datang ulama mengepalai usaha menjatuhkan penjajah disamping mengambil peluang yang ada, menyerapkan kefahaman tentang islam kepada rakyat terutama dalam soal kemanusiaan dan kepimpinan yang sebenar.

Di Malaysia kini, ada yang berandaian bahawa rakyat sedang dijajah oleh sebuah parti bangsa yang membawa modul kezaliman dan penindasan. Kezaliman terhadap rakyat atas nama undang-undang dan perlindungan yang diciptakan mereka dijadikan amalan.  Justeru, apabila ini berlaku, sudah pasti wujudnya perjuangan menjatuhkannya untuk memperjuangkan apa yang menjadi hak bagi rakyat dan sekaligus inilah yang akan memberi sokongan dari rakyat yang memahami dan merasai penderitaan juga penindasan yang dilakukan. 

Semoga kita terhindar dari ulama yang menipu, yang dikoceknya menyimpan dunia agar bisa mencari kehidupan darinya, Bukan mencari kehidupan untuk agamanya dan sifat keadilan dan kebenaran.

Wallahu'alam