October 1, 2013

Bittaufiq Wannajah fil imtihan.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah untuk tahun ini, kami berkesempatan untuk mengadakan seminar motivasi PMR buat calon PMR 2013. Alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya baru-baru ini yang mengumpulkan calon PMR dari beberapa buah sekolah. Semoga dengan input yang dibawa balik, mampu menjadi bekalan minit terakhir kepada adik-adik calon PMR kita yang akan menduduki PMR 2013 esok hari 2.10.2013.

Dengan itu, penulis wakil bagi Persatuan Siswazah Sabah dan Raudhah Consultants ingin memberi sepatah kata, selamat maju jaya kepada semua calon PMR 2013 diseluruh malaysia terutama adik adik yang mengikuti seminar motivasi baru-baru ini sebagai final booster, buatlah yang semampu dan sehabis boleh agar keputusan itu menjadi yang terbaik serta memberi kepuasan kepada diri, sekaligus menaikkn nilai diri yang baik kepada adik-adik untuk melangkah setapak lagi pada tahun berikutnya.


Pastikan adik-adik merujuk Jadual Peperiksaan PMR 2013 dengan tepat. Patuhi juga amaran yang telah ditetapkan serta janganlah lupa untuk membawa Kad Pengenalan bersama. Itu 'lesen besar' untuk masuk ke Dewan Peperiksaan. 

Semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang sekali! InshaAllah. Doa kami mengiringi adik-adik, dan Adik-adik perlu iringi pula dengan tawakal kepada Ilahi.. Rabbi yassir wala tu assir, rabbi tammim bil khair. keep calm and answer the question.

p/s: Ini adalah Peperiksaan PMR yang terakhir katanya. Tahun depan akan digantikan dengan PBSMR!! Tunggu je lah.