October 13, 2013

Fasa Kepimpinan UMNO 2013.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khairy Jamaluddin atau yang popularnya KJ menang seperti yang dijangka. Kejayaan KJ dalam mempertahankan posisi pergerakan pemuda umno malaysia itu menyaksikan yang beliau sebenarnya layak dalam meneraju bahtera pemuda umno seterusnya parti UMNO dalam mendepani parti - parti yang ada. Untuk itu penulis ini mengucapkan tahniah dan diharap KJ dapat membawa perubahan kepada parti yang meniti keuzuran idea dan solusi itu.

Dalam pentas politik menuju perubahan, anak muda berada dalam posisi yang paling kuat dalam perubahan politik kini ( Youth Power ). Kemenangan KJ belum menentukan bahawa pemuda UMNO malaysia betul-betul dalam sisi perubahan politik itu dan ianya bukan tugas yang mudah bagi KJ. Bagi saya secara peribadi Ketua Pemuda yang mendapat mandat baru ini merupakan Ketua Pemuda yang sangat penting dalam mengembalikan serta mengembangkan politik idea kepimpinan dalam barisan UMNO, sama seperti sosok kepimpinan Dato Saifuddin Abdullah (DSA)

Yang terpenting bagi KJ dan DSA ialah untuk mengakui hakikat yang Umno sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling tenat dalam sejarah kewujudannya, buktinya dalam pentas PRU 13. Bukan sahaja krisis keyakinan malah krisis kepimpinan intelektual yang semakin tenggelam. Rata-rata bagi penulis, kebanyakkan calon kali ini, mempunyai "stand" kepentingan dalam parti terutama dalam soal pangkat dan harta, bukan tanggungjawab sebenar keberadaan dalam parti itu. Jika berlarutan akan membawa bencana kepada parti ini dan akan runtuh dengan tiangnya sekali tanpa disedari.


Malahan banyak pihak yang menjangkakan bahawa antara pimpinan Umno yang ada sekarang ini akan tenggelam dimamah dibawah oleh arus perubahan yang tidak boleh ditahan dan disekat pada masa kini. Dari saat ini tentulah KJ sebagai pergerakan pemuda dan sosok utama Majlis tertinggi Umno iaitu Dato Saifuddin Abdullah perlu sedar betapa besarnya tugas dan tanggungjawab mereka untuk memandu arah sebenar parti mereka dalam arus perubahan politik negara. Tidak mustahil UMNO bakal dibawah arus dan tenggelam bersama bahteranya jika kepimpinan ini masih dengan budaya politik kotor dan politik rasis - walaupun berlaku penafian dikalangan ahli pimpinan.

KJ dan Dato Saifuddin Abdullah bagi penulis, perlu faham juga yang mereka bukan sahaja pemimpin kepada parti Umno dan melayu, mereka adalah kategori pemimpin yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan semua pihak terutamanya mereka yang diluar Umno, dalam Pakatan Rakyat serta dari berbagai kaum yang ada di negara ini dalam membawa perubahan sebenar negara malaysia. Perbezaan pendapat perlu diterima dalam keadaan raih-meraih antara parti - parti di malaysia tidak kira UMNO, PAS, DAP, PKR dalam mendasari kebajikan rakyat.

Harapan, semoga lahir kepimpinan seperti Dato saifuddin Abdullah dalam bahtera kepimpinan UMNO kali ini, dan penulis melihat dengan keberadaan KJ dibarisan hadapan UMNO, akan memantapkan lagi pentas politik yang harmoni, dan kita rakyat malaysia menolak dengan sekeras-kerasnya pemimpin malaysia yang padanya terlibat dalam isu jenayah dan korupsi !

*Teringat dan terimbas lagi ketika penulis bertemu dan berbual dengan DSA di Airport KLIA selepas program sekretariat MPP kebangsaan.. bahawa kepimpinan mahasiswa perlukan role model yang profesional dalam akademik dalam membawa agenda kebajikan mahasiswa malaysia dan rakyat.

Wallahu'alam
Azri Al Fateh
Pemerhati Politik Anak Muda Malaysia