October 13, 2013

Salam Aidil'Adha Dari Kami.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya mewakili blog Mujahid Siswa dan Raudhah Consultants Training, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada yang mengenali, sahabat-sahabat blogger dan yang pernah terlibat dengan kami di dalam program-program raudhah consultants.

Saya juga menyeru kepada kalian, marilah kita sama-sama menghayati serta mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan menegakkan perintah Allah s.w.t, begitu juga semangat dan pengorbanan yang dilakukan dan ditunjukkan oleh penghulu kita, penghulu para nabi dan umat islam iaitu Muhammad s.a.w sepanjang perjalanan dakwah baginda s.a.w membawa utusan Allah s.w.t


Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun sebelum ini, bagaimana Nabi Ibrahim a.s, menunjukkan kepatuhan, ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah al khaliq yakni Allah s.w.t.

Semoga Allah s.w.t redha dengan sambutan yang bakal kita rayakan kelak 15 Oktober 2013. Dan bagi yang sedang mengerjakan haji, semoga Allah memberi mereka haji mabrur.

Akhirnya, dalam mengharungi cabaran dan dugaan ketika hidup diatas muka bumi ini, gunakanlah kesempatan yang ada untuk lakukan pengorbanan lillahi'taala ( kerana Allah ), kerana tiada perjuangan tanpa pengorbanan, tiada pengorbanan tanpa keredhaan Allah.

Sirru ala barakatillah,

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !

Azri Alfateh
Owner Blog Mujahid Siswa