October 7, 2013

Tanpa Perasan. Ia Jatuh



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Dakwah bukanlah jalan yang ada karpet merah ustaz.., tapi jalan itu penuh duri-duri, kami tahu ini baru sikit ustaz, mungkin hanya 1% dari apa yang pernah Rasulullah s.a.w hadapi dalam dakwahnya.." Ya, Islam tidak perlukan kami, Tapiii Kami perlukan islam ustaz..!! Allahurabbi.. walaupun selalu dengar ayat itu, tapi ketika adik-adik itu mengucapkannnya, tidak perasaan, rupanya air mataku gugur membelakangi mereka karna tidak tahan mereka menyebut perihal tubuh yang aku cintai iaitu Rasulullah s.a.w

Siapalah yang tidak tersentuh dan tertunduk tangis, ketika mereka (adik-adik) menceritakan perihal seorang manusia yang penulis cintai. Sungguh ! benak fikiran dan dalam hatiku berkata kepada adi-adik itu, bahawa tidak akan pernah sama perit dan sakit yang Rasulullah s.a.w rasa dengan apa yang kita rasa ketika ini, tapi matlamat kita sama dengan Rasulullah s.a.w. Beruntung kita jadi ummat muhammad s.a.w, maka hargailah keberuntungan itu - dan tidak akan pernah berpisah antara cinta, jihad dan pengorbanan


Harapanku dan pesanku pada adik-adik yang ku tuju, semoga mereka tetap teguh dan kuat dalam perjalanan panjang ini, dan aku berdoa pada Allah, agar Allah menjaga adik-adikku ini. Semoga kita juga bercita-cita ingin berjumpa Rasulullah s.a.w kelak bukan sahaja jumpa, tapi memohon agar diberikan syafaat, rugi bagi siapa yang tidak mempunyai cita-cita bertemu dengan Baginda s.a.w. Akhirnya Aku hadiahkan adik-adik ini sepotong ayat dari kalam istimewa Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w



Kalau apa yang engkau (wahai Muhammad) serukan kepada mereka sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutimu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.
[ Surah At Taubah : 42 ]

Allahu'alam.

- Semoga dapat bertemu mereka kembali jika tidak didunia, harapan bertemu di syurga kelak. justeru aku cintakan mereka jika mereka cintakan Allah dan Rasul. Sampai jumpa lagi - Great Moment

- Ya Rasululluh. Ya HabibAllah Pabila terkenangmu, mengalir air mata itu.