November 24, 2013

Countdown SCSK13


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan kesibukan beberapa hari ini, Alhamdulillah juga sebab jadual terisi dengan program kem motivasi musim cuti sekolah dan menghabiskan saki baki azam yang belum dibereskan, blog pun mula nampak sawangnya jika sehari dua sudah ditinggalkan. Apa-pun semoga blog ini menjadi wadah penyampai yang baik serta bermanfaat buat semua pengunjung dan sahabat blog mujahid.

InsyaAllah dengan baki masa beberapa hari lagi, Summer Camp Super Khalifah yang bertemakan Melakar Lestari Modal Insan bakal kunjung tiba, dengan berteraskan kepada tiga nilai utama iaitu Quran, Sirah dan Kepimpinan. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Allahu'alam

( tema idea gambar : lukisan kejuruteraan ) ^_^