November 2, 2013

Catatan KAIS 13.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 

Terdetik difikiran untuk menaip walaupun didalam kereta. First time menulis didalam kereta, rupanya dalam kereta pun banyak idea boleh pikiah. Bajet masa o.k bukan bajet 2014 - kichiwa. 

Salah satu perkara yang mendatangkan idea dan buah fikiran selain dari pengalaman dalam perjalanan yang kita hayati, itupun kalau ingin menghayati hidup, rugilah kita kalau jadi manusia itu, enggak bisa menghayati makna setiap hikmah detik hidup yang dberikan dari Allah. 

Sambung semula perkara yang mendatangkan idea buah fikiran adalah kita memandang sungguh ciptaan Allah yang kukuh seperti gunung ganang serta unggas-unggas.

Alhamdulillah now, on the way, dalam perjalanan jauh setelah singgah di program jemputan adik-adik yang mana adik-adik inilah yang pernah mengikuti dibawah program kami suatu ketika dulu, hasilnya boleh dilihat hari ini, begitu semangat mereka dalam berprogram. Terbaik. Saya bagi kredit 5 bintang. 
Semoga mereka tetap dalam jalan ketaatan kepada Allah dan terus menjadi duta islam yang baik akhlak dan agamanya.

Kupasan tema program adik-adik tadi menyentuh berkaitan pembentukkan akhlak, bagaimana dengan sentuhan akhlak yang diajar dalam islam. 

Kalau ingin bicara soal akhlak ni panjang juga, mudahnya dimana kita temui etika yang baik maka dsitu ada akhlak islami. tapi apa yang menjadi focus utama bilamana akhlak menjadi tema program adalah, bagaimana kita nak lihatkan mereka dalam modul-modul latihan itu sentuhan yang dianjurkan islam dan yang diperlihatkan Muhammad s.a.w melalui sahih hadith. Begitu juga dengan modul-modul akidah serta ibadah.

Sebenarnya modul-modul yang diketengahkan yang dilakukan dalam program bukan semata-mata modul yang mengisi tentatif atau aktiviti, tapi modul disini ialah modul itu sebagai jalan mudah bukan jalan singkat atau kaedah/cara yang mempermudahkan mereka faham kepada apa yang menjadi tema dan objektif program mengikut kefahaman peserta atau orang yang diprogramkan.

Fasilitator pula pemudah cara kepada peserta terhadap pelaksanaan modul tersebut. 

Kejayaan sesebuah modul atau program tidak bisa diukur bersamnya pembaris kefahaman didalam program, tapi selepas dari program tersebut. Dalam mana-mana kem atau program sekalipun yang bermatlamatkan membentuk sahsiah diri yang baik, tidak semua dari kalangan peserta itu terpilih dalam flow perubahan. Kukuh sebuah modul, utuh sistem pada diri peserta, dekat fasilitator pada mereka yang akan menjadi titik pemulaan bagi sebuah penghijrahan yang baik.

Memetik puisi indah tinta sasterawan negara dato' a. samad.said

mereka insan dalam perubahan
aku manusia lari dari kesempurnaan.

Allahu'alam.