November 20, 2013

Dari Magik Menjadi Sains, Temui Islam.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Teringat lagi The Philosopher's Stone yang boleh mengubah batu menjadi emas - Dalam kefikiran saya, mereka hebat dalam menghasilkan kekaguman pada yang melihat dan mendengar. Bagi sesiapa yang menyukai Novel, penceritaan yang mendapat tempat semenjak Harry Potter dikeluarkan adalah penceritaan tentang sihir atau Alchemist. Tidak kira melalui novel atau perfileman, kini semakin banyak pula wujudnya kisah sihir atau alchemist ni, terbaru adalah Percy Jackson Sea of Monsters. - Menonton jugalah.
Berapa banyak penulisan/perfileman dan drama atau novel fiksyen ditulis dan dilakonkan tentang proses transmutasi ( perubahan objek ) batu menjadi emas yang dikaitkan dengan Philosophers Stone, dan mulailah terkenal tokoh- tokohnya mulai dari Merlin the Magician, Albertus Magnus, Thomas Aquinas, Nicholas Flamel yang katanya sampai hari ini masih hidup, Sampai Edward dan Alphonse Elric dalam Manga Fullmetal Alchemist. - Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.





Maka yang demikian, jauh sebelum itu semua lahir ilmuwan Islam Ulung seperti Jabir Ibnu Hayyan (721 - 815) yang lebih dikenali sebagai “the father of modern chemistry” yang telah memulakan penelitiannya tentang kimia dalam tradisi dan ilmuwan barat.- Siapa yang belajar bab kimia kenallah tu.


Beliau memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu kimia, yang diteruskan legasinya oleh Syeikh Ar Razi ( Rhazes ), Al -Kindi ( Alkindus ) dan Ibnu Sina ( Avicenna ), yang kesemuanya dianggap perintis kimia dan perubatan.

Jauh dari sudut Alchemist, Jabir juga telah meneliti kemungkinan batu menjadi emas. Dia mengumpulkan 4 elemen , panas, sejuk , kering dan basah. Emas contohnya dikumpulkan panas dan basah, sedangkan batu karbon dikumpulkan sejuk dan kering, dan meyakini bahawa dengan menukar unsur-unsur, maka benda boleh diubah dari satu bentuk menjadi lain (transmutasi) . Dan dia pun meyakini bahawa transmutasi ini akan boleh berlaku apabila ada ramuan pemangkin yang disebut الإكسير ( Elixir ) - Boleh tanya dengan pok google

Samaada berjaya atau tidak, "beberapa abad kemudian selepas kematiannya, dalam pembinaan jalan besar di Kufah, makmal penyelidikannya ditemukan kembali, dan di dalamnya ditemukan sebuah mangkuk dah sebongkah emas (History of The Arabs h, 476)". Jangan terkejut, ini bukan bererti Jabir telah menemui Philosopher s Stone dan Elixir , tapi lebih mungkin kerana beliau telah menemui aqua regia (cecair yang boleh melarutkan logam, termasuk emas ) dari asam sulfur dan asid nitrik yang dicampur dengan garam, yang masih digunakan dalam ekstraksi emas pada masa kita.

Yang perlu diberi perhatian disini bahawa ketika era Islam, pembahasan tentang sains jauh dari hal bersifat magik ataupun tahyul. Ibnu Sina yang hidup abad berikutnya mengkritik para Alchemist yang percaya dengan tahyul semacam mengubah batu menjadi emas, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Jabir Ibnu Hayyan abad sebelumnya. Ilmu yang datang dari ilmuwan islam membawa kebenaran risalah islam. - Sains dan Islam menolak hukum tahyul dan khurafat.

Dan bila kita lihat secara ilmu dan iman, bahawa Jabir Ibnu Hayyan dengan daya kreativiti yang luar biasa menjadikan penceritaan transmutasi dari ajaib menjadi sains. Dia memberikan pada kita sumbangan besar dalam ilmu kimia, yang mana beliau mengubah magik kepada sains. Beliau menyempurnakan proses kristalisasi, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan serta pengembangan instrumennya. Beliau juga telah merintis Hukum Perbandingan Tetap yang menjadi inspirasi bagi Proust .

Tidak kurang daripada 3,000 risalah ditulis beliau dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan, dan buku- buku yang juga mempengaruhi semua saintis kimia barat, diantaranya Kitab Al - Kimya , Kitab As - Sab'een, Kitab Al - tajmi ' , sampai Kitab Ar-Rahmah.

Allahu'alam.

- Sumber Asal Felix S. Olahan Blogger.