November 19, 2013

Saya Blogger Peduli' - Puisi 'Maafkan Kami'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Puisi Maafkan Kami by Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus cuba menyampaikan message prihatin dan peduli dengan sahabat dan saudara kita disana ( syria, palestin, mesir ). Dan saya petik kembali puisi ini untuk mengisi ruang blog mujahid agar kita tidak pernah terlupa mereka, kalaupun terlupa ayuh kita ingatkan kembali diri kita bahwa aku perlu bantu mereka, hatta dengan doa sekalipun - atau mana yang termampu bagi diriku. - Agar ada jawapanku bila ditanya dihadapan Allah kelak. Semoga Allah menjadikan kita masyarakat dan rakyat serta blogger yang peduli dan prihatin. Ameen.  Jom luangkan masa sekejap sambil-sambil BW tu, kita membaca dan menghayati sejenak puisi dibawah.



Derita kita,
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan dikedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa.

Derita mereka,
Apabila anak-anak mereka jadi kubu daripada ditembusi ,
Oleh peluru peluru yanghudi,
Yang merobek mengeluar isi perut anak2 kecil tidak berdosa,
Itulah derita para ibu,
Yang berada di bumi gaza.

Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
Belum sempat membeli rantai baru,
Belum sempat menempah siap pakaian baru.
Samakah kita dengan mereka?

Bumi gaza 2012
menjadi tontonan cerita perang,
Dalam televisyen setiap umat islam,
Yang jumlah berbilion-bilion.

Wahai Gaza,
Kami saudara kamu,
Seagama dengan mu,
Kami lelaki-lelaki sekuatmu juga,
Kami memohon ampun kepadamu wahai gaza,
Kami memohon ampun kepadamu wahai syria,
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami,
Yang hanya kami gune pada hari kemerdekaan.

Minta maaf wahai rakyat palestin, syria,
Kami ada tentera,
Tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak-banyak,
Kami hanya menjadi penonton,
Dimana darah-darah anakmu, isteri-isterimu,
Jatuh titisan demi titisan,
Diatas bumi yang suci.


Wahai Gaza,
Walaupun kami tidak dapat pergi,
Dengan jasad,
Terimakanlah roh kami,
Untung bersemadi bersemadi bersama syuada mu,
Wahai syria walau tak sempat untuk berperang bersama mu,
Terimalah nyawa kami utk terus mengkuatkan jasad-jasad kamu,
Melawan segala segala yang jadi musuh Allah.

Wahai Gaza, wahai Palestine, wahai Syria,
Terbaru kini 'wahai Bumi R4BIA ( Tambahan Blogger )
Maafkan kami,
Terimakanlah doa dari kami,
Dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu.