December 18, 2013

Cukai Akan Dikenakan Pada User Facebook, Twitter ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Malaysia kini pada landasan terbaik dalam mengukuhkan institusi ekonomi negara bagi memastikan tahap kewangan negara pada tahap yang kukuh dan sekaligus mengurangkan beban hutang negara malaysia yang kini di paras merbahaya.

Rakyat malaysia juga dihidangkan pelbagai kenaikan selepas berakhirnya PRU 13 awal bulan mei yang lepas. Kenaikan ini kata menteri yang bertanggungjawab adalah untuk mengurangkan bebanan kerajaan o.k dan membawa sifat hidup yang wasatiyah dalam kalangan masyarakat malaysia.

Kenaikan Letrik, Tol, Minyak, Gula dan lain-lain lagi yang bakal menanti telah membantu negara untuk duduk dalam keadaan yang kukuh dari segi ekonomi. Terbaru pula memetik pada keratan printscreen, Dengarnya Ds Shabery Chik nak cadangkan sesuatu seperti yang penulis lihat dalam gambar dibawah. Sama ada ianya benar atau tidak benar, ini merupakan kegilaan tahap yang tiada tahapnya dirumah sakit mental.


Kalau boleh juga nak juga penulis share'kan cadangan agar bukan facebook saja ada jabatan dan cukai yang dikenakan, tapi kenakan juga pada twitter kecuali Blog o.k memandang twitter antara pengguna yang banyak dimalaysia. Lagi bagus kalau setiap post dan tweet di facebook dan twitter itu berbayar, termasuk siapa yang nak post gambar. haaa

Ini baru betul ! Ini dinamakan Demokrasi terpimpin.

Malaysia semakin sesak nafasnya. - Saya men'suggest'kan pada kalian untuk baca buku terbaru tulisan anas alam faizli yang bertajuk Rich Malaysia, Poor Malaysian agar nafas anda dan malaysia kembali seimbang.

Allahu'alam.