December 17, 2013

Bohong Mereka Pada Nabi ! Salji Oh Salji.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam tengah skrol facebook, terjumpa satu post sahabat yang dia share dari pages seperti yang ada dalam gambar dibawah. Dua perkara bila lihat post ini. Pertama, Ada kebesaran Allah pada turunnya salji itu, dan memikirkan bagaimana khabar saudara kita di gaza, mesir, syria. kedua, Melihat penggunaan nama nabi seperti dalam bulatan merah pada gambar tersebut, yang tanpa ada sanad, dan riwayatnya. Sungguh kawe nak habak diri ini juga bahawa adalah suatu pembohongan kedua terbesar dosanya, berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w ataupun Nabi-Nabi yang lain.

Adapun hadis-hadis berkaitan kiamat itu ada yang sahih, tak semua palsu. Seperti hadis pada tulisan awal dalam post gambar dibawah ini berkaitan tanah arab, ya itu betul.




Tak jadi masalah kalau nak share benda yang baik apatah lagi membawa kesedaran umum, cumanya biarlah yang benar langkahnya dan janganlah untuk sebar kebaikan dan sarana itu lantas menggunakan nama nabi yang nabi tidak kata bagi pastikan benda yang di post tadi di share secara "mengkhinzir buta"

Sedihlah kita, bila hadis tu nabi tak kata pun, tapi ditulis disitu and than penuh slumber tak kenal ianya palsu atau benar bagi yang menyebarnya. Begitu juga buat yang tukang share juga, biarlah berpada dan waspada, Allah sebut juga tu dalam suratul hujurat "tabayyun" periksa dulu, teliti dulu sebelum nak share something di facebook or laman sosial lain. 

Rasul s.a.w ada pesanan buat diri ini dan kalian dalam hadis yang mutawatir :

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.

Sungguh benar manusia itu sibuk bertanya adakah, apakah, bgaimanakah kiamat - jawapan yang perlu mreka tahu adalah, apa yang mereka siapkan untuk kiamat itu yang lebih penting. Semoga kita diberi kefahaman agama yang baik lagi benar dan semoga kita bisa menjadi manusia yang diselamatkan dari dunia menuju kebaikan akhirat.

Anda Bijak, Jauhi Hadis Palsu ! *semoga posting pada gambar itu admin boleh tarik balik untuk keselamatan diri dan semuanya juga. - Kita Kini Belajar.

Allahu'alam