December 14, 2013

Foto Sekitar Musim Seju BerSalji Di Timur Tengah Pertama setelah beberapa Dekad.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Antara gambar yang diambil ketika mana Salji melanda banyak negara di Timur Tengah dan ianya satu perkara yang jarang berlaku. Dari selatan Turki, salji turun menyelimuti bahagian-bahagian Syria, Lebanon, Israel dan wilayah Palestin.  Seperti dalam gambar-gambar ini menunjukkan, salji telah membawa kegembiraan kepada beberapa masyarakat tempatan di rantau timur tengah, kerna salah satu sebabnya salji ini turun setelah beberapa dekad yang lalu tidak turun.

Tetapi kesedihan melanda apabila dikebanyakkan kem pelarian seperti di jordan, lebanon, dan beberapa lagi negara ada saudara kita yang tidak tertahan oleh kesejukkan musim ini, selain terdapat kekurangan pada kelengkapan kehidupan dan persiapan hadirnya musim sejuk bersalji ini. - Pasakkanlah doa semoga Allah melindungi mereka.

Antara foto yang sempat diambil utk dipertontonkan buat kalian sekitar musim sejuk bersalji di timur tengah :