December 14, 2013

Kehidupan yang Ranum.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejenak ku terfikir ketika waktu kecil itu, hobinya suka membaling pokok buah-buahan terutamanya pokok rambutan digunakan segala alatan yang ada ditangan batu, kayu dan macam-macam lagi, hanya kerna nak dapatkan buah tersebut agar boleh jadi santapan sekawan.

Cumanya dibalik sebuah pokok itu bukan saja ada buah-buahan daun dan akarnya, bahkan sebuah pokok itu ada Tamsilan atau perumpaan yang baik untuk jalur kehidupan.


Sebelum ini yang diketahui pokok itu diumpamakan sepertinya Akidah, ibadah dan akhlak dalam islam.

Dan kali ini cuba bawa perumpamaan dari kata Imam syahid hassan al banna  iaitu :
" Jadilah seperti pokok saat orang membaling batu kepadamu kau membalasnya dengan buah yang ranum "
Kata mudahnya diumpamakan :

Pokok : Manusia

Orang membaling batu : Manusia yang selalu membaling kata keji, maki, cercaan, fitnah dll

Buah yang Ranum : Membalas dengan kebaikan.

Pokok yang kita sedia maklum itu terutama pokok buahan seperti rambutan dan yang sewaktu dengannya, selalu menjadi tumpuan orang untuk dikait dan dibaling dengan batu, dan pokok itu membalas balingan batu tadi dengan menjatuhkan buah yang baik dan bagus. Maka saat inilah yang perlu difahami dari kata syahid hassan al banna.
( credit pic : seindahcintaislam )

Makanya, siapa yang merasa dan kenal akan kehidupan, saat itu dia mesti faham makna disebalik kata ini,  and one more thing !
" Sekalipun kita dibaling batu, kalau tidak mampu untuk membalas dengan buah yang ranum, jangalah pula kita membalingnya pula dengan batu. "
Sebab kehidupan ini ada putarannya, semoga puataran kehidupan kita senantiasa dalam kitaran kebaikan hasil dari kebaikan yang kita sebarkan. 

Semoga bermanfaat dan semoga Allah redha.

Allahu'alam