December 11, 2013

Mereka Benci Isteri Nabi s.a.w !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tergerak tangan untuk menulis perihal kebencian puak syiah terhadap ummul mukminin 'saidatina aisyah dan juga hafsah isteri baginda rasul s.a.w

"Mereka" dalam tajuk entri di atas merujuk kepada puak atau kumpulan syiah yang mengisyaratkan kebencian yang amat terhadap isteri nabi s.a.w. Benci mereka kalau kita membaca kitab-kitab yang mengarang berkaitan syiah, benci yang sampai tahap kita boleh katakan tahap dewa 'seribudustacakerawala' dalam agama yang entah-entah.

Semoga Allah tetap memelihara kita dan meletakkan kecintaan kita kepada Ahlul bait keluarga Rasul s.a.w dalam kecintaan yang sebenar.

Kenapa syiah membenci tahap 'gaban' terhadap isteri rasul s.a.w yang mulia ?

Syiah amat membenci isteri-isteri Rasul s.a.w terutama Saidatina Ai'syah. Tokoh ulama besar mereka atau 'Ular dalam semak' mereka Maula baqir al majlisi menulis satu bab khusus dalam kitabnya 'Hayatul Qulub' bertajuk bab yang ke 55 pada menyatakan 'kecelakaan aisyah'. Dalam bab ini berkali-kali dicatatkan didalam buku itu yang mengatakan aisyah dan hafsah sebagai munafik dan kapiah( kafir)

Dia mengatakan kononnya Aisyah dan Hafsalah yang menyebabkan kewafatan baginda Rasul s.a.w. Dia mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar oleh Aisyyasyi dengan sanad yang muktabar daripada imam jaafar al sadiq. Riwayat itu mengatakan Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasul s.a.w dengan meracuni baginda s.a.w.

Mereka berdua difitnah kerana mereka antara sumber ilmu yang paling penting dan berpengaruh serta banyak meriwayatkan hadis-hadis rasul s.a.w, mereka juga anak kepada dua sahabat yang agung iaitu Abu bakar dan Umar r.a.

Semua ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kumpulan ini sudah jauh menyimpang dan dalam kesesatan yang nyata tanpa perlu kita raguinya lagi, mereka terlalu jauh berpaling dari agama Allah, mengikuti hawa nafsu serta banyak mengada-adakan cerita yang dusta.

Lalu amal buruk telah menghiasi mereka sehingga tak lagi dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan serta kebenaran dan kebathilan.

Inilah maksud firman Allah s.w.t :

Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang yang dikehendaki-Nya [ QS FATIR : 8 ]

Allahu'alam.