December 25, 2013

Peristiwa Terus Berjalan..'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di hari yang mana penganut kristian menyambut perayaan mereka christmas, sang penzalim disudut kota bertindak liar, hilang dari sifatnya manusia dengan membunuh, bom penempatan rakyat. #Palestin, #Mesir dan #Syria Under attack ! terima nasib yang sama hari ni dan semalam apabila manusia tidak lagi punyai sifat kemanusiaan. - #PrayforUmmah

Melihat bedilan bom yang berkunjung di kota mansoura mesir baru-baru ini, membuatku bertanya sendiri, bilakah mesir akan mengubati hati ini dan mereka yang disakiti. - #PrayforEgypt

Berpusing-pusing di Akhukum AM, aku mencari ayat yang bisa membalut pecahnya semangat, kutemui nukilan puisi ini buat wira-wira ummah di Mesir, yang diketuai oleh Dr Muhammad Mursi dan para pembela yang hak (benar) yang tetap teguh dan cekal dalam perjuangan mereka. Puisi ini yang pernah ditulis oleh seorang pemikir warga Mesir, Dr Mustafa Mahmud :



Siapa yang membaca sejarah nescaya dia tidak akan merasa putus asa..

Dia akan melihat bahawa dunia ini hanya merupakan hari-hari yang digilirkan oleh Allah antara manusia..

Orang kaya menjadi miskin..

Orang miskin menjadi kaya..

Orang yang lemah semalam menjadi kuat hari ini..

Pemerintah semalam menjadi pengemis hari ini..

Hakim menjadi orang yang dituduh..

Orang yang menang kemudian ditewaskan..

Cakerawala berputar dan kehidupan tanpa henti..

Peristiwa terus berjalan..

Manusia berubah-ubah kedudukan..

Kesedihan takkan berkekalan..

Kegembiraan takkan berterusan...


*Al Marhum Dr Mustpha Mahmoud - Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau dikalangan mereka yang soleh dan syahid di jalan Allah.