December 15, 2013

Pertama Kali Dalam Sejarah Turki ! Kebebasan untuk Bertudung Dicabut.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selepas era keruntuhan khilafah Islamiyah pada tahun 1924 oleh gerakan sekularisme Mustafa Kamal Atarturk, akhirnya muslimah Turki kembali mendapatkan kebebasan untuk berjilbab/bertudung hingga di level lembaga tinggi negara turki.

Baru - baru ini juga, semasa perbahasan '2014 Central Governance Budget legislation' untuk pertama kalinya, seorang ahli perundangan berjilbab bebas menyampaikan perbahasan di dewan parlimen. Ahli Parlimen dari Parti Keadilan dan Pembangunan ( AKP ) Candemir Çelik melakukan perbahasannya didewan parlimen dan mendapat sambutan dan tepukan dari ahli parlimen lain pada khamis 12hb.



Tambahan Menurut Hurriyet Daily News, Puan Candemir Çelik merupakan ahli parlimen Turki kelima yang memutuskan untuk mengenakan tudung di Parlimen selepas larangan itu dicabut sebagai sebahagian dari pakej pendemokrasian kerajaan 31 September.

Empat ahli parlimen AKP lain, Sevde Bayazit Kacar, Gulay Samancı, Nurcan Dalbudak dan Gonul Bekin Şahkulubey, juga memilih memakai tudung di dewan parlimen .

Kalau kita soroti kembali, 14 tahun lalu, seorang ahli parlimen wanita Merve Kavakçı dari Parti Kebajikan ( FP ) Turki berusaha memakai tudung di dewan parlimen, namun dperintah keluar dari persidangan umum Parlimen. Parti ini juga terus digantung.

Kini AKP yang dipimpin Erdogan dilihat untuk tidak ingin melakukan kesilapan seperti yang dilakukan para pimpinan gerakan islam diturki sebelumnya yang mendapat tentangan dasyat apabila memperjuangkan islam di turki serta jilbab.

Pimpinan Erdogan juga tidak menunjukkan identiti sebagai parti Islam. Namun, program dakwah Islam tetap dibangunkan dalam kalangan masyarakat dan pembaikan ekonomi pasca kemenangan pertama pada 2002. Selain itu dapat kita lihat ketegasan Erdogan dalam menolak kezaliman kekejaman terhadap muslim atau non muslim di peringkat antarabangsa. Terbaru apabila Erdogan menjadi leader pembelaan dalam peristiwa pembunuhan oleh sissi di rabaah mesir sehingga kepada kempen #R4BIA

Sedia maklum, turki merupakan negara bapak sekular, kemasukan islam ditentang tapi Alhamdulillah Secara halus AKP telah bertindak untuk meletakkan dasar islam atas nama demokrasi. Diantara perkara yang paling menarik dari perjuangan AKP adalah larangan minuman keras, penerimaan kurikulum pendidikan Islam , dan kebebasan berjilbab atau bertudung.

Allahu'alam

References :

- Hurriyet Daily News.