January 2, 2014

Mr' Azam 2014


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pejam celik pejam celik kita telah memasuki Tahun baru bagi masihi 2014. Setiap tahun, usia kita makin meningkat, hayat kita makin mendekat. Bayi menjadi kanak-kanak, yang kanak-kanak menjadi remaja, remaja menuju dewasa, dan dewasa akhiri tua. itulah putaran dunia yang sentiasa berputar tanpa henti dan akan terus berputar sesuai titah perintah Tuhan keatas alam.

Jangan dilupakan juga buat saudara dan sahabat kita yang berada dalam ujian Ilahi
Dibumi mesir, gaza, syria dll
semoga mereka terus tsabat, kuat dan sabar.


Rasanya macam baru semalam Tahun baru 2013. Tup-tup kita masih diberi kesempatan memiliki Tahun 2014 ini. Now sudah memasuki hari ke dua tahun baru 2.01.14 bersamaan 29 safar 1435 hijri. 

( jangan tak letak tarikh islam, siap kalian nanti kena sarcasm pihak berwajib.. difikirnya kita islam mudah lupa.. hahaa mindset punya pasal. )

Sapa sahabat aku : Tahun baru azam baru, kau azam apa kali ini, jangan kata kau nak langsungkan pernikahan kau bulan puasa nanti. 

Gelak aku kerna dia mula membaca fikiranku. - tidak juga mengiyakan katanya.

Soal azam ni, jika masuknya tahun baru, tidak semestinya azam juga kena baru sebenarnya. Melainkan azam yang sebelumnya telah selamat dilaksanakan dan diprojekkan. Ini azam yang tiga empat tahun lepas pun belum settle' 

sejauh mana kepentingan azam - ianya terpulang kepada kalian dalam meletakkan kepentingannya, yang penting itu hidup kalian bertujuan disetiap munculnya hari, bulan, minggu dan tahun.

Salam Tahun baru masihi 2014 buat semua blogger mujahid - bagiku, hanya ku minta dari empunya kehidupan agar diberi kekuatan dan ketabahan dan keredhaan dalam menghadapi perjalanan hidup ini, dan dipermudahkan bagi kalian sahabat blogger untuk semai kebaikan. Saling mendoakanlah kalau begitu, lagi romantik.

change your thinking and behaviour to discover the kindness around you.

Allahu'alam